Gara-gara ditohmah bersekedudukan dengan bakal suami, ini komen balas Julia

Gara-gara ditohmah bersekedudukan dengan bakal suami, ini komen balas Julia

Bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, banyak dugaan dilalui pelakon, Julia Farhana serta bakal suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz.

Baru saja reda isu bersama bekas isteri Dr Che Hafiz iaitu Lufya Omar, muncul pula dakwaan daripada individu yang menuduh Julia bersekedudukan dengan pasangannya sebelum bernikah.

Memetik Oh Bulan, Julia menegaskan dakwaan tersebut adalah satu fitnah besar yang dilemparkan netizen. Julia turut mencabar individu tersebut untuk menunjukkan bukti mengenai tuduhan tersebut.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang itu dan saya tak nak komen. Sebab saya rasa perkara itu adalah satu fitnah yang sangat besar dan saya tak nak perbesarkan isu tersebut. Saya rasa kalau ada.. keluarkan bukti. As simple as that!” katanya.

Dalam pada itu, Julia berkata dia berlapang dada dengan kontroversi melanda dirinya kerana baginya sudah menjadi asam garam bagi seorang selebriti dimana hal peribadi pasti akan diperkatakan.

“Saya rasa itu lumrah jadi seorang selebriti dan public figure. Kita nak simpan macam mana pun peribadi, kalau terkeluar kita terima dengan terbuka.

“That’s a lot dififferent comments what happening. Saya terima saja sebab saya tahu kebenaran. Jadi saya pegang dengan pendirian saya.

“Apa yang orang katakan saya tak boleh nak hentikan. Saya tak boleh nak hentikan mereka buat andaian dan spekulasi sendiri. Mereka tak ada dalam perjalanan hidup saya.

“Jadi, untuk mereka yang di luar sana, kalau nak terus menyokong saya.. alhamdulillah. Tetapi kalau mereka rasa macam ini buatkan Julia bukan lagi sesuai untuk jadi seorang pelakon dan public figure dalam industri pun saya terima” katanya.

Sebelum ini, Julia mendedahkan dia dan Hafiz bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat namun tidak didedahkan tarikh hari bahagia mereka.