Gara-gara ditohmah lupa daratan, Dr. Nur Amalina Bakri tampil sekolahkan netizen yang bermulut jahat

Gara-gara ditohmah lupa daratan, Dr. Nur Amalina Bakri tampil sekolahkan netizen yang bermulut jahat

Nama Dr. Nur Amalina Che Bakri bukanlah asing dikalangan rakyat negara kita. Beliau merupakan antara salah seorang pelajar terbaik pernah dilahirkan di Malaysia.

Sehingga kini, rekod pencapaiannya yang memperolehi A terbanyak di dalam peperiksaan SPM (17 A1) masih kebal untuk digugat oleh sesiapa.

Beliau kemudiannya mengambil keputusan menyambung pelajaran di United Kingdom selepas ditawarkan biasiswa Kijang Emas oleh Bank Negara Malaysia yang hanya diperuntukkan kepada 3 orang pelajar cemerlang seluruh negara.

Beliau memilih untuk mengambil jurusan perubatan bermula di peringkat A Level di Cheltenhem Ladies College, kemudian bersambung membuat Ijazah di University Of Edinburgh sebelum memilih melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah di Imperial College London.

Beliau juga telah berkhidmat di St Mary’s Hospital, Royal London Hospital, Chelsea dan Westminster Hospital dan Charing Cross Hospital sepanjang menetap di London.

Dr. Amalina membuat keputusan mendirikan rumahtangga dengan pasangannya, seorang jejaka Inggeris bernama Alexander Charles pada tahun lepas dan baru sahaja dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel bernama Arabella Mia minggu lepas di Hospital St. Thomas.

Namun kelahiran anak sulungnya itu mengundang kontroversi apabila netizen menuduhnya seolah-olah lupa daratan apabila enggan melahirkan anaknya di Malaysia.

Berang dengan tohmahan yang dilemparkan netizen terhadapnya, Dr. Amalina tampil menjawab menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya.

Anda mungkin sedia maklum, sekiranya wanita Malaysia yg berkahwin dgn lelaki bukan warganegara Malaysia, yg bersalin di luar Malaysia, anak mereka tidak dibenarkan utk diberikan kewarganegaraan Malaysia secara automatik.

Semalam, ada portal media hiburan yg sensasikan cerita mengenai warganegara anak saya & menulis artikel tanpa kebenaran saya.

Of course, I’d have loved for my children to be Malaysian, but my husband is British, and we both work and live in the UK. Disebabkan komitmen saya di sini, saya tidak dapat pulang ke Malaysia untuk bersalin. Saya kini sedang sarat hamil (3rd trimester) & masih bekerja. Mengambil penerbangan jarak jauh & cuti kerja bukanlah pilihan terbaik untuk kami & bayi. This is the best decision for us as a family and it is our choice.

Kpd mereka yang suka menghina & melemparkan fitnah, saya berada di sini bukan membuat perkara tidak berfaedah. Saya bekerja, menyambung kepakaran & membuat PhD supaya menjadi pakar terbaik dlm bidang saya. PhD saya ditaja oleh geran NIHR UK & saya memenangi fellowship drp Imperial College London. Specialist training saya dibayar oleh duit cukai rakyat UK setelah bersaing dgn beribu rakyat UK & international graduates utk mendapat tempat dlm program ini. Saya berusaha bersungguh-sungguh supaya dpt membantu lagi ramai org dgn kepakaran yg saya ada, InsyAllah. Salahkah saya mahu menuntut ilmu?

I am aware that there are other Malaysian women married to foreigners who are still fighting for their children’s rights to Malaysian citizenship. I hope that they will find a solution.

Cukup-cukuplah dgn kata-kata kesat & suka menghukum orang lain. Marilah kita berkata-kata baik & mendoakan kesejahteraan orang lain. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Despite living in the UK & being British, our children will still be half-Malay. The mix of two cultures will give them such a colourful life. I’d raise our children to understand Malaysian & Islamic values, as well as to learn the Malay language. At the end of the day, it doesn’t matter where they live or what passport they hold; what matters is that they are human beings with good moral values who can contribute to humanity.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Amalina (@dramalinabakri)