Gara-gara enggan lakukan hubungan seks, lelaki hampir dirodok dengan pedang samurai oleh jiran wanitanya

Gara-gara enggan lakukan hubungan seks, lelaki hampir dirodok dengan pedang samurai oleh jiran wanitanya

Seorang wanita Thailand yang bersenjatakan sebilah pedang samurai dilaporkan menyerang sepasang suami isteri di rumah mereka kerana enggan melakukan hubungan intim dengannya, lapor laman berita Kosmo Online semalam.

Pasangan itu memaklumkan bahawa mereka berkali-kali diugut sehingga terpaksa melarikan diri dari Bangkok tetapi wanita itu masih mengekori mereka.

Netizen Thailand berkongsikan sebuah klip video memaparkan seorang wanita berpakaian berwarna biru cuba menikam seorang lelaki di hadapan rumahnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Air, 38, itu memberitahu media Thiland bahawa dia dan wanita dikenali sebagai Aum, 40, itu telah berkawan selama setahun.

Mereka mengenali antara satu sama lain ketika masing-masing sudah mempunyai pasangan. Bagaimanapun, Air berkata bahawa dia sering diminta oleh Aum untuk melakukan hubungan intim dengannya, namun ditolak.

Akibat tidak dapat menahan sikap aneh wanita tersebut, Air memutuskan untuk melarikan diri dari Bangkok ke wilayah Phetchabun. Lelaki itu menambah bahawa Aum pernah pergi ke rumah isterinya di Nonthaburi dan mengugut anak lelaki mereka yang berusia 11 tahun.

Video yang dimuat naik di media sosial dirakam oleh isteri Air dan dia mengesyaki bahawa Aum mempunyai gejala penyakit psikotik.

Mereka masih belum melaporkan kejadian itu kepada polis kerana baru sahaja berpindah.