Gara-gara gagal menahan nafsu, 2 penjawat awam antara ditahan berpesta seks liar

Gara-gara gagal menahan nafsu, 2 penjawat awam antara ditahan berpesta seks liar

Dua penjawat awam antara sembilan individu yang ditahan ketika asyik berpesta di sebuah kondominium disewa dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, serbuan melalui Ops Noda itu dijalankan pada 1.10 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

“Semua suspek berusia 20 hingga 47 tahun itu terdiri daripada dua penjawat awam, bekerja sendiri dan penganggur, selain tiga pekerja swasta.

“Siasatan mendapati kondominium tersebut disewa seorang daripada suspek untuk mengadakan parti liar berkenaan.

“Ujian air kencing terhadap semua individu itu mendapati lima lelaki dan seorang wanita positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di kondominium itu tidak menemui sebarang dadah dan siasatan ke atas mereka dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, semua warga tempatan itu juga dikompaun RM2,000 seorang satu kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

“Pihak polis memberi peringatan tegas kepada semua pihak agar patuh kepada SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19, selain tidak sesekali terjebak dengan aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Operasi membanteras aktiviti penagihan, penyeludupan dan pengedaran akan terus diperhebatkan bagi memastikan keselamatan masyarakat terpelihara,” katanya.

Sumber – FMT