Gara-gara gunakan gelaran ‘Datuk’ palsu, ustaz Ahmad Husam padam laman FBnya
Penceramah agama yang seringkali mencipta kontroversi. Ustaz Ahmad Husam Baderudin terpaksa memadamkan laman FBnya gara-gara terpalit menggunakan gelaran anugerah ‘datuk’ palsu.
Perkara ini didedahkan rektor KUIPs, Dr. Rozaimi Ramle menerusi satu hantaran FBnya sebentar tadi.
Tidak salah memanggil orang dengan gelaran yang dia ada.
Jika dia betul-betul Datuk panggillah dengan gelaran Datuk. Namun jika gelarannya kejap ada dan kejap tidak ada, atau kita ragu-ragu maka bolehlah kita minta pihak berkuasa siasat.
Bila membaca posting PMT, saya jengok FB Page seorang ustaz bergelar Datuk. Tangkap layar di bawah ini membuatkan saya musykil kenapa bulan Mac ada gelaran Datuk dan hari ini telah tiada? Petang ini pula FB Page beliau sudah hilang di FB.
Yang tinggal hanya FB personal beliau saja. Ada sesiapa boleh bagi penjelasan pada saya?
Dr Rozaimi Ramle
Husam sebelum ini pernah tular apabila aksinya menayangkan simbol mencarut menggunakan jari tengah ketika berceramah di salah sebuah masjid di negeri kelahirannya.
Terbaru, dia turut terpalit selepas terlibat bertekak dengan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perlis gara-gara menghentikan program sembang santai melibatkan dirinya bersama Ustaz Wadi Annuar yang berlangsung di sebuah pusat pendidikan dimiliki parti Pas.