Gara-gara ingin cipta kelainan, pengantin buat kejutan angkut band ‘black metal’ hiburkan tetamunya

Gara-gara ingin cipta kelainan, pengantin buat kejutan angkut band ‘black metal’ hiburkan tetamunya

Semakin hari semakin bertambah pelik kehidupan manusia sekarang. Masing-masing berlumba untuk mencipta kelainan, demi memenuhi hasrat menjadi terkenal terutama dengan pertumbuhan pelbagai jenis aplikasi media sosial.

Memetik perkongsian OhBulan, baru-baru ini tular sebuah klip video pendek tular di media sosial selepas kumpulan muzik black metal dijemput untuk membuat persembahan di satu majlis perkahwinan di laporkan di Indonesia sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Pengantin berpakaian busana pengantin

Menerusi video tersebut, sepasang raja sehari yang merupakan pengantin yang diraikan itu duduk di atas pentas sambil berlatarbelakangkan kumpulan muzik black metal tersebut.

Mereka berdua yang mengenakan pakaian pengantin tradisional kelihatan begitu ‘menjiwai’ persembahan dan muzik yang dimainkan semasa majlis tersebut.

Anggota kumpulan muzik itu pula dilihat memakai baju serba hitam selain daripada wajah mereka dicat dengan warna putih untuk menjayakan tema ‘gothic’.

Menjengah di bahagian komen pula, ada segelintir warganet yang menyelar tindakan pengantin menjemput kumpulan muzik ‘keras’ itu apatah lagi diadakan pada waktu malam.

Ini mak mentua, keluarga semua mesti bangga tengok semua menari bagai tak mahu malam-malam lepas majlis. Lepas itu semua hayun-hayun kepala.

Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa majlis dengan jemputan kumpulan black metal itu merupakan satu perkara yang baharu dalam sesebuah majlis.