Gara-gara isteri enggan bagi nafkah batin & tak mampu ambil servis luar, lelaki ‘terpaksa makan’ anak tiri

Gara-gara isteri enggan bagi nafkah batin & tak mampu ambil servis luar, lelaki ‘terpaksa makan’ anak tiri

 

Memang sebenarnya banyak di luar sana kisah anak gadis yang telah pun ketahuan hamil di luar nikah.

Rata-rata memang sepenuhnya menyalahkan mereka dengan alasan terdedah dengan pergaulan bebas.

Sedangkan ada di antaranya hanyalah sasaran individu yang rakus, malah dari kalangan ahli keluarga sendiri.

Gadis 17 tahun hamil 6 bulan…Rupa-rupanya angkara ayah tiri sendiri

Bukan rekaan semata-mata namun itulah yang turut terbongkar di Indonesia apabila seorang gadis 17 tahun didapati sedang hamil 6 bulan.

Bukanlah kerana berhubungan badan bersama teman lelaki mahupun rakan, namun dek angkara ayah tirinya sendiri.

Lelaki yang bekerja sebagai petani tersebut sudah tiga kali mengambil kesempatan ke atas anak tirinya itu.

Gadis itu sendiri yang minta

Malah bukan itu sahaja, lelaki yang dikenali sebagai Roy Irwansyah tersebut sempat juga bongkar adakalanya si gadis berkenaan sendiri meminta untuk melakukannya.

Dia juga mengaku anak tirinya tersebut bukan lagi seorang anak dara kerana pernah juga menjadi habuan ‘guru’ di pondok tempatnya belajar.

Isteri tak nak penuhi nafkah batin…Terpaksa sebab tak ada duit ambik servis luar

Terdahulu, kejadian berkenaan berlaku setelah keinginan batin Roy enggan dipenuhi si isteri yang tidak mahu lagi zuriat.

Manakala, dia pula tidak berduit untuk melanggan mana-mana ‘servis’ di luar sana sehinggalah tergamak melakukan perkara terkutuk berkenaan kepada anak tiri sendiri.

@newsflash.net

Tega nian seorang ayah di Kabupaten Musi Rawas, Sumatera Selatan ini. Pasalnya, ia tega melakukan rudapaksa ke anak tirinya hingga hamil 6 bulan, bahkan sampai mengancam akan membunuh jika tak mengabulkan keinginan.#news #beritatiktok #viral #viralvideo

♬ suara asli – newsflash – newsflash