Gara-gara kaitkan Kerajaan Madani punca digam, Ustaz Abdullah Khairi bertindak padamkan hantaran di IGnya

Gara-gara kaitkan Kerajaan Madani punca digam, Ustaz Abdullah Khairi bertindak padamkan hantaran di IGnya

Penceramah bebas pro Pas, Abdullah Khairi Harun bertindak memadam hantaran di IG miliknya selepaa mendakwa dihalang dari menyertai program Forum Perdana Ehwal Islam yang akan berlangsung di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Rabu, 1 Februari.

“Dua program dah kena gam! Haaaa takut pada bayang-bayang. Dua bulan aku di Makkah.
“Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur (KL) dan Masjid Al Najihin KL- bye bye (selamat tinggal)!” – Abdullah Khairi.

Disertakan bersama hantaran itu adalah poster program ceramah terbabit memaparkan tanda ‘X’ pada wajah Abdullah Khairi yang ditafsirkan bahawa dia sudah ‘digam’ daripada bersuara.

Memetik Mstar, turut dijemput dalam program itu adalah pendakwah bebas terkemuka seperti Haslin Baharin atau lebih senang disapa sebagai Ustaz Bollywood dan Datuk Mohd Izhar Arif Kashim serta Zakaria Othman sebagai moderator.

Program yang didakwa ‘gam’ Abdullah Khairi

Terkini Abdullah Khairi membuat hantaran baharu di Instagram miliknya memberikan penjelasan ringkas mengenai situasi itu dan mendakwa dia ‘digam’ kerana terpalit unsur politik.

“Sama saja sapa yang naik pun, dulu zaman Barisan Nasional kena ‘gam,’ ni Kerajaan Madani lebih kurang juga. Ada yang panas punggung tengok muka aku. Sekarang banyak media sosial la, orang dah tak tengok televisyen.
“Kalau nak batal pun habaq (beritahu) la awal, banyak masjid lain aku boleh pi (pergi). Kedah ada! Terengganu ada! Kelantan lagi ada,” – Abdullah Khairi 

Abdullah Khairi cuba dihubungi pihak mStar namun masih belum memberikan sebarang maklum balas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan sokongan kepda Abdullah Khairi dan berkata mereka akan mengikuti dakwah Abdullah Khairi melalui platform media sosial.

“Semakin mereka nak cuba sekat, semakin membara lagi ceramah-ceramah agama ustaz.

Ridhuan Tee Abdullah berkata beliau hanya dimaklumkan oleh pihak RTM berhubung pembatalan itu kira-kira dua hari sebelum siaran berlangsung tanpa menyatakan alasan mereka berbuat demikian.