Gara-gara kecuaian pentadbir, MO nyaris dipotong gaji

Gara-gara kecuaian pentadbir, MO nyaris dipotong gaji

“Tak Jumpa Pekeliling”

Niat saya post bukan nak burukkan mana-mana pihak tapi nak pastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi kepada sahabat-sahabat seperjuangan saya.

Saya kemalangan jalan raya pada Disember 2021 dan mengalami patah tulang tibia/fibula dan telah selamat jalani pembedahan. Saya maklumkan pada klinik bahawa saya akan bercuti sakit panjang untuk rehabilitasi.

Saya juga hubungi pejabat kesihatan untuk maklum dan tanya mengenai status MC saya. Saya telah dihubungkan kepada seorang pegawai, selepas itu dia ambil nombor telefon saya untuk hubungi balik.

Selang beberapa hari, saya terima panggilan di awal pagi daripada pegawai menyatakan kelayakan cuti sakit saya sebagai MO Kontrak adalah 15 hari bergaji dan 75 hari lagi tanpa gaji. Dia minta saya mesej sijil sakit bagi bayaran balik gaji bulan Januari kepada jabatan.

Saya terfikir sejak bila MO kontrak cuti 15 hari saja gaji😅 setahunya 90 hari penuh bergaji. Masa tu dah terfikir macam mana nak buat bayaran kereta, pinjaman etc bila gaji dah kena potong🥲 so saya tanyalah:
“Memang doktor kontrak 15 hari je ke bergaji?”

Lepas berapa jam (petang), dia reply bagitahu saya perlu rujuk pekeliling 2, 2008. Setakat carian saya di google mengenai cuti sakit MO kontrak, pekeliling 2016 yang keluar😅 which stated 90 hari cuti sakit bergaji penuh.

Lepas tu saya tanyalah, kenapa pakai pekeliling 2008, pekeliling 2016 ni tak pakai ke? Dia pun balas nanti saya confirmkn balik.

After a while, dia reply balik yang pekeliling 2016 akan dirujuk dan Alhamdulillah saya dapat cuti sakit 90 hari bergaji penuh.😅 alasan dia bagi:
Kami tak jumpa pekeliling tu😅😅😅

Saya tak nak gaduh/marah dalam mesej jadi saya balas dengan “terima kasih”😁

I’ve spent the whole day thinking about my savings and how to pay for my loans.

Buat kawan-kawan, know your rights. Rupanya tiada siapa pun nak kasihankan kita. Kalau aku tak rasa nak tanya mungkin gaji aku dah kena potong 2 bulan😅

P/S: terima panggilan lagi dari PKD harini, katanya nak salinan MC untuk potong elaun pedalaman kerana aku sekarang berehat di rumah. Fun fact, aku tak dapat elaun pedalaman sejak bulan September 2021 lagi. Katanya tadi, surat lantikan baru sampai ke PKD, jadi nak tolak elaun dulu sebelum bayar 🤣 kelakar!

#berkhidmatuntuknegara