Gara-gara kemaruk gambar bogel isteri orang, tok penghulu didesak meletakkan jawatan

Gara-gara kemaruk gambar bogel isteri orang, tok penghulu didesak meletakkan jawatan

 

RATUSAN penduduk Desa Ungga, Lombok Tengah berkumpul di hadapan pejabat penghulu desa bagi mendesak pemimpin tersebut meletakkan jawatan, susulan didakwa berkelakuan tidak seonoh terhadap seorang wanita.

Memetik Mstar, penghulu Desa Ungga, Suasto Hadiputro Armin didakwa meminta foto bogel seorang wanita, melalui aplikasi WhatsApp.

Wanita berkenaan yang hanya dikenali sebagai L, berumur 19 tahun dan merupakan isteri kepada seorang penduduk kampung tersebut.

Kekecohan tercetus selepas suami kepada L, yang dikenali sebagai Kariyawan, 49, membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun Suasto menafikan tuduhan tersebut.

Suasto menjelaskan bahawa nombor WhatsApp yang dikatakan miliknya yang meminta foto bogel L, sudah lama tidak digunakannya.

Berikutan tuduhan tersebut, sejumlah penduduk desa itu melakukan tunjuk perasaan di pejabat Suasto bagi meminta dia meletak jawatan pada Selasa lalu.