Gara-gara keterujaan peminat mengendur, Neelofa mula tampil tawarkan wajah Bilal untuk tatapan umum dalam masa terdekat

Gara-gara keterujaan peminat mengendur, Neelofa mula tampil tawarkan wajah Bilal untuk tatapan umum dalam masa terdekat

SEKIAN lama peminat ternanti-nanti menatap wajah Muhammad Bilal, selebriti dan usahawan Neelofa memberitahu sedia berkongsi foto bayi lelakinya itu dalam masa terdekat.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata, sejajar dengan pembesaran Bilal yang bakal mencecah usia setahun tidak lama lagi, adalah mustahil untuknya terus menyembunyikan wajah anaknya itu.

“Sama juga seperti anak-anak lain, Bilal juga melalaui proses pembesaran. Tak lama lagi saya pun dah tak boleh nak tutup lagi wajah dia.

279629966_391969826141285_8443120053261074079_n

Neelofa akui mustahil nak sorok wajah Bilal selamanya.

“Saya juga merancang untuk bercuti bersama keluarga tidak lama lagi. Mungkin masa itu orang dah boleh nampak dan saya tak boleh nak sekat lagi. Anda semua boleh lihat dengan sendiri,” katanya kepada mStar.

Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu keluaran syarikatnya iaitu Nilofa Plus yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam masa sama Neelofa tidak pernah ambil kisah apabila ada pihak yang cuba mempersendakan tindakannya tidak mendedahkan wajah Bilal sebelum ini.

“Apa boleh buat kalau orang nak jadikan bahan jenaka. Di sebalik semua itu pastinya ada doa buat Bilal.

“Saya sering bawa Bilal keluar rumah dan jika ada yang mahu lihat wajahnya, saya tidak pernah halang. Cuma mereka yang berjumpa Bilal sangat menghormati privasi kami,” ujarnya.

Bilal merupakan anak sulung Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.

8c3dace4-9f6a-422d-942d-431ecd3c3c78

Neelofa bersama produk baharu keluaran syarikatnya iaitu Nilofa Plus.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Berkongsi tentang perkembangan terkini Bilal, kata Neelofa sebagai ibu dia sangat teruja setiap kali anaknya itu melalui proses peralihan yang semakin dewasa.

“Sekarang Bilal dah boleh merangkak. Semestinya sebagai ibu saya amat teruja melihat semua proses pembesaran anak-anak.

“Saya dan Haris mahu lihat Bilal membesar secara normal,” jelasnya kepada MStar.