Gara-gara ketiadaan petugas, kenderaan pengunjung MAHA 2022 didenda rm100 angkara salah parkir

Gara-gara ketiadaan petugas, kenderaan pengunjung MAHA 2022 didenda rm100 angkara salah parkir

Selepas ditangguhkan selama 4 tahun atas beberapa faktor termasuklah pandemik yang melanda dunia sebelum ini, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 kini kembali

Kali terakhir pameran ini diadakan adalah pada 2018, MAHA 2022 kali ini pula menjanjikan penganjuran yang lebih meriah berbanding sebelumnya dengan lebih 1,500 booth pameran dan jualan menanti para pengunjung.

Bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan, MAHA 2022 kali ini akan berlangsung selama 11 hari iaitu dari 4 sehingga 14 Ogos ini.

MAHA 2022 ini juga dijangka akan menjana lebih RM250 juta potensi nilai jualan dengan 100,000 pengunjung sehari atau 1.1 juta pengunjung secara fizikal sepanjang 11 hari program diadakan.

Namun apa yang mengecewakan apabila timbul dakwaan kekurangan petugas oleh penganjur yang didakwa memangsakan pengunjung.

Ini selepas tularnya sebuah video perkongsian salah seorang yang terlibat mengadu kelemahan penganjuran menyediakan petugas tunjuk arah khususnya daripada RELA menyebabkan banyak kenderaan pengunjung ditunda dan disaman.

.

Menurut pengadu, pengunjung yang tiba awal ke tapak pameran tidak mengetahui kedudukan parkir kereta mereka letakkan itu sebenarnya merupakan parkir khas untuk bas.

Disebabkan ketiadaan papan tanda dan jurupandu arah menyebabkan kenderaan mereka telah ditunda pihak penganjur dan terpaksa membayar RM100 bagi mendapatkan semula kenderaan tersebut.

Ini jelas satu tindakan yang dianggap menganiaya pengunjung yang teruja hadir memberikan sokongan kepada program bermanfaat seperti itu.

Sehingga kini, pihak penganjur MAHA 2022 masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai isu yang dibangkitkan.

Diharapkan pihak penganjur segera mencari  jalan keluar terhadap isu itu, terutamana melibatkan saman dengan nilai yang timggi di kala rakyat sedang berusaha mengamalkan sikap berjimat cermat dalam era pandemik Covid-19 ini.