Gara-gara kunjungan pelancong semakin berkurang, netizen dakwa Sanusi hilang punca meriahkan kembali Langkawi

Gara-gara kunjungan pelancong semakin berkurang, netizen dakwa Sanusi hilang punca meriahkan kembali Langkawi

Sebut mengenai destinasi percutian di Malaysia, pastinya pulau Langkawi antara yang terawal disebutkan bersama beberapa lokasi lain. Kawasan pantai yang panjang, hotel yang pelbagai serta menawarkan seleksi lokasi menarik buat pelancong tidak mengura lapisan umur antara yang membuatkan Langkawi menjadi tarikan ramai.

Dalam pada itu, sejak akhir-akhir ini, pelancongan ke Langkawi seakan sudah tidak lagi menjadi tarikan termasuk buat rakyat Malaysia sendiri. Malah, sebelum ini tular di mana para pelancong dilihat lebih selesa untuk melancong ke negara jiran iaitu Thailand kerana didakwa lebih berpatutan dan menarik.

Terbaharu, menerusi perkongsian TikTok @Khair.review, lokasi yang sering dipenuhi orang ramai iaitu Pantai Cenang dilihat sangat berbeza sebelum ini di mana jumlah pengunjung dilihat berkurang dengan banyak.

Perkongsian yang dilakukan dalam memaparkan situasi di Pantai Cenang, Langkawi telah meraih lebih 300,000 tontonan  serta menerima pelbagai komen di kalangan netizen.

Menurut para netizen, melancong ke Thailand antara destinasi yang menjadi pilihan berikutan harga yang mampu milik. Tidak kurang juga yang memaklumkan makanan dan penginapan yang terlalu mahal membuatkan pulau tersebut tidak lagi menjadi pilihan.

Sumber: tiktok @khair.review
Sumber: tiktok @khair.review
Sumber: tiktok @khair.review

Sementara itu, kemasukan ke Thailand pada bulan lalu menunjukkan perkembangan positif selepas pintu sempadan dibuka di mana rakyat Malaysia dilihat sanggup beratur panjang untuk melancong ke negara jiran.

Perubahan trend yang ketara di mana orang ramai lebih selesa untuk melancong ke negara luar berbanding negara sendiri telah mendapat perhatian pensyarah ekonomi yang menyifatkan perkara ini sebagai tidak sihat untuk ekonomi Malaysia.

Situasi Langkawi sunyi yang berlaku pada ketika ini, orang ramai masih optimis dengan tempat peranginan berkenaan serta berharap harga mahal yang ditekan kepada para pelancong dapat dikurangkan dalam membolehkan pulau Langkawi dapat kembali rancak semula.

Sumber – thevocket.com