Gara-gara kutip Kak Long 7E ke program rancangannya, TV Alhijrah jadi sasaran serangan netizen
TV Alhijrah menjadi ‘trending’ di media sosial hari ini selepas menerbitkan promo sebuah program yang melibatkan tetamu jemputan yang pernah tular berkelakuan biadap bersama anaknya baru-baru ini.
Menurut perkongsian PU Amin di FBnya, ‘Kak Long’ yang mengamuk selepas anaknya dituduh mencuri di premis 7 Eleven baru-baru ini telah dijemput sebagai tetamu sebuah program tv islamik milik JAKIM itu.
Dalam hantaran tersebut, PU Amin menulis…
Ini Kak Long 7E. Kak Long ni garang ke? Saja nak Viral atau luar kawalan? Kita tengok nanti dalam rancangan…
Dalam pada itu, kalangan netizen Malaysia turut mempersoalkan kewajaran TV Alhijrah menjemput seorang yang biadap menjadi tetamu rancangan mereka.
Bahkan mereka mencadangkan agar mangsa yang bersabar dengan herdikan Kak Long tersebutlah sepatutnya dijemput, bukan sebaliknya.
Isu tersebut turut mendapat perhatian di kalangan cendiakawan yang turut membantah tindakan TV AlHijrah itu.
Antara mereka yang bersuara termasuklah pakar hadith terkenal tanah air, Dr Rozaimi Ramlee atau RORA.
Dalam hantarannya sebentar tadi, dia menulis…
Kecewa dengan TV al-Hijrah dengan jemputan mereka. Sepatutnya panggil pihak yang diprovokasi kerana akhlak mereka yang baik. Sekadar meluahkan perasaan.
Dr Rozaimi Ramle
Namun PU Amin didakwa telah bertindak menurunkan hantaran berkaitan isu tersebut di FBnya.