Gara-gara mahu rampas cinta jurutera kilang, wanita Indonesia hantar sihir dalam makanan, sanggup masak macam-macam

Gara-gara mahu rampas cinta jurutera kilang, wanita Indonesia hantar sihir dalam makanan, sanggup masak macam-macam

 

MALAYSIA merupakan lubuk rezeki buat warga asing.

Buktinya, banyak sektor pekerjaan termasuk kilang mengambil warga asing sebagai pekerja bagi memenuhi permintaan industri.

Namun apa yang tidak menarik apabila timbul kesan buruk termasuk daripada segi sosial akibat lambakan warga asing ke negara ini.

Di platform X, seorang wanita mendedahkan rumah tangganya diganggu seorang pekerja kilang warga Indonesia.

“Suami kerja jurutera kilang di Negeri Sembilan. Nak dijadikan cerita, ada perempuan Indonesia berkenan pada laki aku.

“Dia cuba buat macam-macam termasuk masakkan lauk untuk laki aku tapi letak benda kotor kat dalam makanan,” dakwa wanita itu memulakan cerita.

Jelasnya, niat jahat pelaku terbongkar apabila ada rakan sekerja suaminya yang boleh menghidu perbuatan syirik itu.

“Dapat tahu melalui rakan sekerja laki aku yang rapat. Mujurlah kawan laki aku tu boleh hidu benda-benda begini dan halang laki aku makan benda-benda yang dia bagi.

“Apabila laki aku dapat tahu, memang dia buang makanan tu secara sorok-sorok. Tapi akhirnya perempuan tu tahu juga,” ceritanya lagi.

Lebih memburukkan keadaan pengadu mendakwa dia turut menjadi mangsa sihir wanita Indonesia tersebut.

Tidak tahan dengan gangguan yang berlaku, pengadu berkata dia bertindak mengupah seorang lelaki untuk menakut-nakutkan wanita itu.

“Dia tak berhenti di situ, dia hantar macam-macam sampai aku sakit. Dia main kasar, aku main kasar juga… tapi iman aku kuat lagi nak menduakan Allah.

“Apa yang aku buat, aku berpakat dengan seseorang untuk upah orang untuk buat dia merana. Mula-mula aku hanya nak dia terlantar untuk tempoh masa lama supaya dia tak pergi kerja. Tapi nampak kejam sangat.

“Tak lama untuk lelaki (diupah) itu cari dia. Kami berjaya buat tanpa tinggalkan bukti. Selepas beberapa minggu, kami dengar ada orang jumpa dia, tapi sampai sekarang dia tak masuk kerja,” ujarnya.

Namun, pengadu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai apa yang berlaku ke atas wanita Indonesia itu.

Di ruangan komen, beberapa individu yang pernah bekerja kilang mengakui situasi itu merupakan satu perkara yang biasa berlaku.

“Tempat kerja aku dulu, ada penyelia sampai tak balik rumah, tinggal anak bini dek mabuk cinta perempuan Indonesia.

“Benda ni betul ya. Orang Indonesia dan Kemboja memang cari lelaki Melayu untuk kahwin.

“Yang kerja kilang je tahu perempuan Indonesia perangai suka ambil kesempatan dengan lelaki.

“Rasanya memang perempuan Indonesia kerja kilang suka orang yang berpangkat sikit,” tulis netizen.