Gara-gara menangis 7 hari tanpa henti, lelaki Nigeria buta selama 45 minit

Gara-gara menangis 7 hari tanpa henti, lelaki Nigeria buta selama 45 minit

 

Seorang lelaki Nigeria buta buat sementara waktu selepas pesta menangis selama tujuh hari.

Sakit kepala & muka bengkak

Memetik laporan Unilad, Tembu Ebere yang merupakan seorang pelawak Nigeria duduk di sebelah kiraan jam yang menunjukkan 2 jam 7 minit.

Menurut Ebere, dia mengalami sakit kepala yang teruk malah muka menjadi bengkak sepanjang percubaan memecahkan rekod. Susulan kesakitan itu, Ebere telah hilang penglihatan selama 45 minit namun sudah pulih.

Bagaimanapun, tindakan Ebere seakan tidak berbaloi apabila berkemungkinan besar pencapaiannya tidak akan tersenarai dalam rekod Dunia Guinness kerana tidak berdaftar.

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat sambutan sebanyak 5.3 juta penonton.