Gara-gara mengaku dirogol pelanggan, akhirnya polis dedah perkara sebenar yg berlaku terhadap pekerja Coway tular

Gara-gara mengaku dirogol pelanggan, akhirnya polis dedah perkara sebenar yg berlaku terhadap pekerja Coway tular

Sempat viral beberapa hari lalu selepas seorang wanita tampil mendakwa dirinya telah diperkosa ketika sedang melakukan servis penapis air di rumah pelanggan.

Pendedahan itu dikongsikan sendiri oleh mangsa dalam satu video di TikTok miliknya. Video itu bagaimanapun telah dipadam selepas ia viral.

Semua dakwaan mangsa hanya satu penipuan?

Susulan itu, difahamkan ‘si pelaku’ turut membuat laporan polis selepas mendapati isu ini tular. Bagaimanapun, apa yang diceritakan seorang YouTuber beberapa hari lalu mengenai kes ini sememangnya mengejutkan orang ramai.

Di dalam video yang dimuat naik, lelaki terbabit mendakwa semua kata-kata yang dikeluarkan oleh mangsa adalah tipu semata-mata.

YouTuber itu berasa pelik dengan wanita tersebut kerana boleh kekal ceria sambil bercerita kepada warganet seolah-olah tiada apa yang berlaku dan jika benar mangsa trauma dengan kejadian yang terjadi, sudah pasti mangsa tiada masa untuk bermain media sosial.

Polis sudah selesai siasat dan dapat bukan kes rogol

Tambahannya lagi, lelaki terbabit memaklumkan pihak polis sudah menyelesaikan siasatan kes ini dan mendapati ia bukanlah kes rogol tetapi rupanya suka sama suka.

Dalam pada itu, dia memberitahu tertuduh sudah pun dibebaskan oleh pihak polis setelah mengetahui kebenaran yang sebenar dan wanita itu telah memadam video-video yang mengatakan dirinya dirogol.

Akhir kata, YouTuber terbabit tidak memihak kepada sesiapa dan mengatakan apa yang berlaku merupakan salah masing-masing serta tidak faham dengan tindakan wanita terbabit menularkan video mendakwa dirinya dirogol kerana ia seolah-olah membuka aib sendiri, tidak lupa juga menutup periuk nasi sendiri.

Sumber – Oh!Media