Gara-gara menyanyi secara ‘miming’ di pentas AIM23, Janna Nick guna alasan kesihatan tutup malu

Gara-gara menyanyi secara ‘miming’ di pentas AIM23, Janna Nick guna alasan kesihatan tutup malu

Penyanyi lagu Gatal, Janna Nick memohon maaf atas aksinya mempersembahkan lagu ‘viral’ itu secara ‘miming’ di pentas Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-23, malam tadi.

Tindakan Janna dikritik netizen malah didakwa memalukan AIM yang selama ini dianggap pentas berprestij yang menampilkan penyanyi dan pemuzik hebat dalam setiap edisi penganjurannya.

Melalui hantaran Instagram (IG), Janna memohon maaf dan mendakwa dia bukan sengaja beraksi secara ‘miming’, sebaliknya, berpunca kesihatan yang terjejas.

“Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 apabila ‘miming’ di pentas berprestij itu.

“Peluang untuk beraksi di pentas besar sebaris penyanyi hebat tanah air memang sudah lama saya impikan .

Janna memohon maaf atas aksinya mempersembahkan lagu Gatal secara ‘miming’ di pentas AIM 23, malam tadi, melalui hantaran Instagram (IG).

Berita Harian melaporkan, sejurus tampil di pentas AIM 23 malam tadi, aksi Janna yang mendendangkan single Gatal secara ‘miming’ dikritik peminat.

Pada AIM 23, muzik video Gatal arahan Chuan Looi diumumkan pemenang kategori Muzik Video Terbaik.