Difahamkan kejadian berlaku di sebuah restoran tepi laut di Butterworth, Pulau Pinang pada Februari lalu
“Pelanggan meja 11 (RM397), meja 34 (RM218) dan meja 5 (RM108).”Sekiranya anda terlupa untuk membayar bil anda, dan apabila anda ingat, sila bayar pada kami. 3 meja tak bayar hanya dalam sehari, ini terlalu banyak.
“Saya hanya pekerja kecil di sini, dan saya akan mendapat potongan gaji untuk ini,” katanya.
Restoran itu turut menjelaskan bahawa pada malam Sabtu itu sememangnya hujan turun secara tiba-tiba.Ada kemungkinan pelanggan itu terlupa disebabkan terburu-buru kerana hujan.
“Jika dilihat daripada resit tersebut, pelanggan sudah berada di sana selama lebih sejam. Mungkin mereka pergi kerana hujan dan terlupa tentang bil. Serta perkara ini tidak adil bagi kami, makan tanpa bayar, saya harap mereka terkena cirit birit selama 100 hari,” tulisnya lagi.