Gara-gara percintaan berdepan masalah, pelajar ditemui mati menggantung dirinya di bilik asrama
Tiga hari tidak hadir ke sekolah membawa kepada penemuan seorang pelajar perempuan yang menggantung diri di bilik asrama.
Memetik Mstar, mangsa yang berusia 17 tahun dikatakan menggantung diri kerana masalah cinta.
Kejadian berlaku di Kota Pagaralam di Sumatera Selatan, Indonesia.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pagaralam, AKP Mursal Mahdi berkata, mangsa meninggal dunia dalam keadaan tergantung di asrama kira-kira pukul 10.30 pagi.
“Pada awalnya dua teman mangsa curiga kerana mangsa tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang alasan.
“Mereka kemudian datang mengetuk pintu bilik mangsa untuk bertanya khabar tetapi tiada jawapan.
“Namun, setelah diintai dari tingkap, mereka nampak mangsa dalam keadaan tergantung,” kata Mursal, pada Kamis.
Berdasarkan hasil pemeriksaan, polis tidak menemui sebarang tanda keganasan pada tubuh mangsa.
Sebagai peringatan, perbuatan bunuh diri adalah haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.