Gara-gara pertikai jumlah penerima PhD UPM, YB PKR disindir ‘Low Class’

Gara-gara pertikai jumlah penerima PhD UPM, YB PKR disindir ‘Low Class’

Politikus Low Class

Parti Keadilan Rakyat, entah kenapa secara tak semena-mena menerusi lidah ketua penerangannya mempertikaikan 400 graduan PhD dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang konvo baru-baru ini.

Entah kerana sondol tak pakai helmet atau semulajadi memang benak atau entah apa, angka 400 yang dipertikaikan itu sebenarnya langsung tidak menghairankan, malah aku pula yang hairan kenapa politikus boleh jadi pandir sedemikian rupa.

Perhatikan jumlah graduan PhD yang lulus dari UPM sejak tahun 2013.

Tahun (Bilangan Konvokesyen) – Jumlah Graduan PhD

2013 (37) – 440
2014 (38) – 391
2015 (39) – 469
2016 (40) – 500
2017 (41) – 627
2018 (42) – 630
2019 (43) – 632
2022 (44) – 398

Jumlah keseluruhan – 4,087 graduan PhD UPM sejak 2013.

Sebenarnya bilangan 398 graduan PhD yang konvo baru-baru ini ialah bilangan yang paling rendah kerana mengambil kira dua tahun (2020 dan 2021), namun yang lulus hanyalah 398 orang sahaja. Tidaklah pelik kerana ramai orang hilang pekerjaan dan terpaksa berhenti pengajian PhD di tengah jalan, ini semua kita fahamlah.

Apa yang aku tak faham macam mana parti anak papa ni tiba-tiba cakna sangat dengan bilangan graduan PhD UPM? Kalaulah nak pertikai dari segi kualiti penyelidikan yang telah dicapai untuk manusia dan alam sejagat, kenapa UPM saja?

Universiti yang banyak hasilkan graduan PhD, kita pertikaikan mutu penyelidikannya.

Habis universiti yang sedikit graduan PhD, baguskah mutu penyelidikannya? Tak pernah dengar pula logik sebegini. Yang bercakap pun tak ada PhD.

Entahlah. Low class.

Sumber FB Mohamed Hadi AH