Gara-gara sebabkan gerai diserbu JHEAT, awek air buah tular dilucutkan jawatan

Gara-gara sebabkan gerai diserbu JHEAT, awek air buah tular dilucutkan jawatan

Gara-gara 1 video yang tular di TikTok, hampir 2 minggu jugalah nama ‘akak air buah’ menjadi sebutan setelah didakwa berperilaku tidak sopan ketika menjadi pelayan di sebuah kedai. Malah premis yang terletak di Kg Saujana, Setiu, Terengganu itu dikatakan sering menjadi kunjungan kumpulan golongan lelaki.

JHEAT dah buat serbuan bersama Majlis Daerah Setiu

Susulan aduan dan laporan daripada orang ramai, pihak dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah pun membuat serbuan di kedai tersebut. Operasi yang dijalankan bersama Majlis Daerah Setiu (MDS) juga turut menyaksikan ‘pelayan viral’ berkenan ditahan untuk siasatan lanjut.

Lepas Viral 1 Malaysia, Akak Air Buah Dah Tak Jadi Pelayan Tapi Hanya Di Dapur 2

Kakak dah jadi tukang masak di dapur…Pelayan semua lelaki

Terbaru, semalam seorang wanita yang mengunjungi premis berkenaan menyatakan ia kini kembali beroperasi. Walau bagaimanapun, kelibat ‘akak air buah’ tersebut sepertinya tidak kelihatan seperti dulu. Rupa-rupanya, dia kini telah beralih tugas menjadi tukang masak dan hanya berada di dapur sahaja. Manakala pelayan pula sudah diganti dengan lelaki.

Member usha panas je dari dapur…Mata dia tajam tengok orang rakam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh kononnya ‘akak’ berkenaan seperti marah apabila wajahnya dirakam. Dalam pada itu, ramai juga berharap kejadian sebelum ini dapat dijadikan satu iktibar buat semua individu yang terlibat serta terkesan.

Lepas Viral 1 Malaysia, Akak Air Buah Dah Tak Jadi Pelayan Tapi Hanya Di Dapur 3Lepas Viral 1 Malaysia, Akak Air Buah Dah Tak Jadi Pelayan Tapi Hanya Di Dapur 4Lepas Viral 1 Malaysia, Akak Air Buah Dah Tak Jadi Pelayan Tapi Hanya Di Dapur 5

Kredit: TikTok Rara Najwa