Gara-gara sering dimarahi sejak kecil, pemuda 23 tahun nekad tikam ibu 50 kali, cederakan bapa hingga parah

Gara-gara sering dimarahi sejak kecil, pemuda 23 tahun nekad tikam ibu 50 kali, cederakan bapa hingga parah

 

AKIBAT sering dimarahi sejak kecil, seorang pemuda berusia 23 tahun nekad menikam ibunya sebanyak 50 kali dan mencederakan ayahnya sehingga parah.

Kejadian tersebut berlaku di Daerah Depok, Indonesia.

Menurut pegawai polis Cimanggis, Arief Budiharso, punca kejadian disebabkan mangsa berasa sakit hati dengan kedua ibu bapanya kerana dimarahi sejak kecil.

Selain itu ungkapan ayahnya ‘dari lahir sehingga sekarang, apa yang kamu banggakan orang tua’ juga menjadi punca berlakunya tragedi berdarah itu.

“Suspek juga mengakui rasa kecewa kerana orang tuanya bersikap tidak adil serta menyembunyikan beberapa perkara berkaitan kewangan syarikat sebelum menuduhnya melakukan kesalahan,” ujarnya.

Dia juga mengakui telah menaruh kebencian sejak di bangku sekolah selain menangis setiap hari dan terpaksa berpura-pura menjadi seorang yang kuat.

Pun begitu, dia meluahkan rasa kesal atas perbuatannya terhadap kedua orang tua.

Dia ditahan dan akan didakwa yang membawa kepada hukuman mati.