Gara-gara ‘supercar’ rakannya dilanggar, geng kereta mewah nekad hentikan trafik pengguna lebuhraya

Gara-gara ‘supercar’ rakannya dilanggar,  geng kereta mewah nekad hentikan trafik pengguna lebuhraya

Tular sebuah video yang menunjukkan sekumpulan kereta mewah berhenti di tengah-tengah jalan sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas di tengah-tengah lebuhraya.

Difahamkan bahawa kejadian itu sebenarnya terjadi akibat daripada seorang pemandu mabuk yang cuba dihalang oleh pemandu kereta mewah tersebut.

Menerusi perkongsian dari portal The Vocket, pemandu Ford Ranger berwarna putih telah memandu secara merbahaya dan melanggar sebuah kereta.

Kereta 4×4 itu difahamkan telah dipandu oleh seorang perempuan dalam keadaan mabuk dan secara melulu sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Disebabkan itu, para pemandu kereta mewah telah mengambil inisiatif sendiri dengan menahan kereta tersebut sebelum kejadian lebih buruk terjadi.

Bagaimanapun, kejadian yang tular itu masih belum diketahui lokasinya dan pihak berkuasa masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.