Gara-gara terdesak, bekas SuPol Sanusi kitar fitnah RotiKaya terhadap Dato’ Sri Siti Nurhaliza [video]

Gara-gara terdesak, bekas SuPol Sanusi kitar fitnah RotiKaya terhadap Dato’ Sri Siti Nurhaliza [video]

Isu fitnah ciptaan Ketua Penerangan Perikatan Nasional Seremban yang juga pemilik bersama portal hiburan RotiKaya nampaknya terus dijaja oleh pemimpin parti tersebut berdepan Pilihanraya Negeri di enam negeri tidak lama lagi.

Meskipun fitnah mengaitkan kehadirannya ke program Himpunan Madani bersama Dato’ Amy Search telah pun dinafikannya, namun seorang pemimpin Perikatan Nasional daripada Pas masih menjadikan isu tersebut sebagai bahan ucapan dalam satu himpunan PN baru-baru ini.

Dalam klip video yang dimuatnaik seorang pengguna FN bernama Najib Bakar, Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azimuddin dilihat tanpa segan silu mengulang kembali fitnah tersebut di hadapan audiennya.

Malah, menurut warganet, perbuatan tersebut bukanlah pertama kali dilakukan bekas Setiausaha Politik MB Kedah, Muhammad Sanusi itu.

Malah, anak kepada bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azmiuddin yang merupakan penyokong kuat kepada perjuangan PMX, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu era Reformasi dahulu juga pernah memfitnah seorang wanita.

Ini selepas perbuatan bosnya, Sanusi memandu uji kenderaan Ford Raptor di Pulau Pinang sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan kerajaan disebarkan.


Sebelum ini, seorang penyanyi Amir Jahari turut menerima tempias gara-gara lagunya digunakan secara haram oleh seorang lagi pemimpin Perikatan Nasional, Mas Ermieyati.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu didakwa menggunakan lagu Amir Jahari sebagai latar belakang sebuah video bertujuan meraih simpati masyarakat ketika Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yasin dihadapkan ke mahkamah selepas berdepan dengan 6 tuduhan jenayah salahguna kuasa dan mencuci wang haram ketika menjadi Perdana Menteri ke-8 sebelum ini.

Sementara itu, rata-rata penyokong penyanyi nombor 1 Malaysia itu mengambil tindakan undang-undang terhadap Afnan bagi menyekat nama baiknya terus dicemarkan parti Perikatan Nasional.