Gara-gara terkantoi jaja berita zaman PN, Razman terpaksa padam hantaran FB elak tindakan saman

Raja fitnah Pas Perak, Razman Zakaria kesipuan gara-gara kebodohannya sendiri menggunakan isu lama bertujuan mencetus ketidakpuasan hati rakyat terhadap Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalm hantaran di FB miliknya, dia dilihat cuba mencuit sentimen pengguna media sosial apabila membangkitkan berita penghapusan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan sabsidi minyak masak tulen bagi kemasan botol yang tidak akan diteruskan mulai 1 Julai ini.
Namun niat jahatnya itu berjaya dihidu warganet yang pantas membuat carian terhadap pautan berita yang disertakan di bahagian komen hantarannya.
Sudah terang lagi bersuluh sumber berita yang dikongsi Razman merupakan berita yang diterbitkan pada tahun bulan Jun 2022, tahun di mana Pas masih berada di dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri.
Netizen tanpa berlengah hadir beramai-ramai membanjiri ruangan komen hantaran diterbitkan Razman itu. Menyedari fitnahnya berjaya ditelanjangkan netizen, Adun Gunong Semanggol itu pantas memadamkan hantaran tersebut tanpa membuat ucapan maaf seperti kebanyakkan pimpinan Pas yang lain.
Seorang pengguna FB bertanyakannya status hantaran yang lenyap itu namun tiada jawapan balas dari pihak Razman sehingga kini.