Gara-gara terkantoi simpan bahan lucah, pelajar madrasah tergamak fitnah ustaz lakukan serangan seksual

Gara-gara terkantoi simpan bahan lucah, pelajar madrasah tergamak fitnah ustaz lakukan serangan seksual

 

Berita ini membuktikan bahawa ternyata semudah itu pelajar sanggup melemparkan fitnah terhadap seorang mudir di madrasah tempat mereka belajar.

Anuar Che Ani dibebaskan daripada tiga tuduhan serangan seksual serta dilepas tanpa dibebaskan bagi dua lagi tuduhan terhadapnya.

Mudir berusia 36 tahun itu mengaku tidak bersalah pada 18 November 2021 kerana melakukan serangan seksual terhadap lima pelajar berusia 11 hingga 14 tahun di sebuah madrasah di sini, antara April 2018 hingga Oktober 2021.

Difahamkan, Anuar dilepas dan dibebaskan selepas seorang mangsa mengakui membuat laporan palsu terhadapnya dalam satu soal balas perbicaraan.

Sementara itu, atas permintaan pendakwaan Hakim Mahkamah Sesyen Mirza Mohamad melepas tanpa membebaskannya bagi dua lagi kes, selepas dua saksi yang sepatutnya memberi keterangan gagal hadir.

Mengejutkan, ketika perbicaraan itu saksi pertama memberitahu mahkamah sewaktu soal balas bahawa dia dan empat rakannya itu telah membuat tuduhan palsu.

Ia selepas saksi berasa sakit hati kerana Anuar menangkap mereka menyimpan bahan pornografi di madrasah pengajian berkenaan.

Terdahulu, Anuar didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibenarkan jaminan sebanyak RM50,000.

Dalam pada itu, warganet rata-ratanya bercerita tentang tindakan kesemua pelajar tersebut yang tergamak memfitnah guru mereka.

Rata-ratanya mengasihani mudir tersebut kerana dimalukan, difitnah dan hilang kepercayaan orang luar selepas difitnah oleh muridnya sendiri.