Gatita Yan tayang kekasih tidur sambil pandu kereta mewah secara ‘auto-pilot’, ini jawapan Polis Perak

Gatita Yan tayang kekasih tidur sambil pandu kereta mewah secara ‘auto-pilot’, ini jawapan Polis Perak

 

MODEL dan influencer, Gatita Yan teruk dikecam netizen selepas dia memuat naik video di Instagram Story, memaparkan teman lelakinya sedang tidur ketika memandu sebuah kereta mewah, baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, teman lelakinya yang duduk di kerusi pemandu dilihat tidak memegang stereng kereta sehingga ia menimbulkan kegusaran mengenai keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Dj gatita yan and bf show off 'autopilot' feature while travelling to ipoh, now wanted by police

Dalam perkongsian itu, Gatita memaklumkan kereta tersebut diletakkan dalam mode pemanduan sendiri (auto-pilot), membolehkan ia terus bergerak di atas jalan raya tanpa kawalan pemandu.

Dj gatita yan and bf show off 'autopilot' feature while travelling to ipoh, now wanted by police

Video perjalanan ke Ipoh itu bagaimanapun telah dipadam selepas Gatita menerima kecaman netizen, namun tangkap layar posting berkenaan telah disebarkan menerusi media sosial.

Dalam pada itu, Sin Chew melaporkan, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan berkata pihaknya akan mengarahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk menahan pasangan itu sekiranya mereka ditemui di Ipoh.

Perak police chief datuk mohd yusri hassan basri

Ketika ditanya sama ada kereta auto-pilot diharamkan di jalan raya di Malaysia, Yusri berkata beliau akan menyemak terlebih dahulu dengan polis trafik untuk memahami lebih lanjut keadaan itu.

Untuk rekod, situasi seperti ini bukanlah pertama kali berlaku di Malaysia.

Pada April tahun lalu, pernah dilaporkan kisah pasangan dari Singapura yang memandu sebuah Tesla dalam pemanduan auto-pilot ketika mereka berkunjung ke Pulau Pinang.