Gaya rambut disamakan dengan pondan, ini respon Sophia Albarakbah buat ramai tergelak

Gaya rambut disamakan dengan pondan, ini respon Sophia Albarakbah buat ramai tergelak

 

Pelakon cantik, Sophia Albarakbah mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sophia memuat naik foto dirinya di sebuah restoran.

Tampil anggun mengenakan pakaian serba kelabu, perkongsian pemenang trofi Aktres Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH  ABPBH35 itu ternyata menarik tumpuan pengikutnya.

Manakan tidak, pelakon drama Lelaki Itu itu turut menuai pujian daripada kalangan rakan selebriti dan juga peminatnya di ruangan balas.

Ramai memuji dan mengagumi kecantikan yang dimiliki Sophia.

sophia albarakbah

Namun disebalik komen-komen positif tersebut, ada juga terselit sebuah komen yang mengkritik penampilan Sophia itu dengan mendakwa gaya rambut Sophia seperti golongan pondan.

“Sorry tapi macam pondan la rambut macam tu,” komen individu tersebut.

Tidak berdiam diri, Sophia tampil membalas komen tersebut.

“Oh no, dah terkantoi my real identity,” balas Sophia.

Dalam perkembangan lain, Sophia kini membintangi drama Lelaki Itu dengan memegang watak Bahiyah.

Lelaki Itu sedang bersiaran di Slot Samarinda TV3 setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 malam.

Lelaki Itu menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Nabila Huda, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Hannah Delisha, Nadia Brian, Aedy Ashraf dan ramai lagi.