Gejala zina kini seolah jadi budaya, tak takut dosa, hanya tahu sedap
Seolah-olah tiada pegangan agama serta tidak lagi mempedulikan soal dosa dan pahala, amat menyedihkan ketika ini apabila melihat kemungkaran, kerosakan akhlak dan keruntuhan moral sering berlaku hampir di mana-mana sahaja.
Lebih menyedihkan, gejala sosial seperti keterlanjuran atau hubungan haram di luar nikah juga kini seolah-olah semakin dinormalisasikan dan bukan sahaja berlaku melibatkan golongan muda dan mentah, malah turut serius dilaporkan berlaku di kalangan mereka yang sudah berusia dan berumah tangga!
Atas dasar ingin berdakwah serta saling ingin memperingati sesama umat Islam, seorang petugas di sebuah pusat kesihatan, Nurul Husna Kamarudin telah membuat hantaran berikut di Facebooknya yang menyentuh mengenai isu yang sangat membimbangkan ini.
Semoga perkongsian dari beliau ini dapat dijadikan iktibar dan pengajaran serta membuatkan kita untuk sama-sama bermuhasabah menginsafi diri sendiri. Insya-Allah.
Seorang wanita berusia 42 tahun, datang minta untuk buka buku pink di klinik. Bila scan, usia kandungan dah 32 minggu. Anak keempat katanya.
Pelik. Kenapa lambat buka buku pink? Dah 8 bulan usia kandungan. Sebelum ni ada GDM (kencing manis sewaktu hamil) sampai kena pakai insulin. Jadi, sepatutnya kena cepat ke KK untuk buka buku. Terjawab soalan bila pesakit sebut, “status saya dah berbeza”.
Maksudnya?
“Saya sebenarnya ibu tunggal”.
Okay, pening sekejap nak hadam. Ibu tunggal tapi hamil? Maksudnya dia takde suami. Jadi, bagaimana dia hamil? Oh. Hubungan luar nikah. Di usia 42 tahun?
Saya rasa waktu tu saya benar-benar ligat berfikir. Terkejut, sedih dan risau. Selalunya, yang terlanjur, budak-budak yang baru nak ”up”. Ni anak dah 3 orang ni 😭.
A lot of questions in my brain. Anak dia macamana? Bersalin nanti status anak ni macamana? Lelaki tu muda ke tua? Korang kenapa tak kawen jee? Kenapa mesti anak luar nikah?
Entahlah. Atau mungkin saya yang masih dalam tempurung. Yang tak sedar; rupanya dunia luar dah serosak itu rupanya. Hubungan luar nikah ni bukan lagi benda rare. Dosa besar yang dah jadi kebiasaan? Astaghfirullah. Ampunkan kami Ya Allah.
Dalam banyak-banyak soalan yang bermain di fikiran; satu yang saya tanya, “Kenapa puan tak kawen dengan bapaknya (merujuk kepada bapa bayi dalam perutnya sekarang)?”
“Suami orang. Susah juga. Muda dari saya orangnya. Saya dah minta suruh kawen. Dia kata payah.”
Okay, ni lagi unik. Suami orang? Mengandungkan mak orang?
Pahit sungguh untuk saya telan. Tapi professionalism kena terus dijaga. Walau seruntun apa pun hati kita rasa terluka.
Saya ukir senyum. Tapi, tetap saya ungkap; “Puan, zina ni dosa besar tau. Zina samada mengandung ke tak mengandung ke, tetap dosa besar”.
Soal dakwah adalah kewajipan. Entah dia endah atau tidak, tapi sekurangnya biarlah saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai muslim.
Pintu taubat sentiasa terbuka. Sentiasa.
Tidak ada seorang pun manusia yang tidak boleh bertaubat. Ia terbuka untuk semua orang, tanpa gagal. Kembalilah. Kembali kepada Tuhan, walau sebesar apapun dosa yang pernah kita lakukan. Dan Tuhan, tidak akan pernah menghampakan.
Aku menceritakan; tentang betapa parahnya dunia hari ini. Atau mungkin aku yang tak tahu? Mungkin.
Soalan untuk diri sendiri; sejauh mana aku cuba untuk menyampaikan dakwah supaya masyarakat menjauhi zina. Aku tidak ada kekuatan lain. Lidah Facebook inilah yang boleh menjadi medium kecil untuk dakwahku. Semoga Allah pandang usaha kecil ini.
Balik kerja tengah joging pun, saya masih terfikirkan soal ini. Saya kasihankan anak-anaknya. Saya kasihankan anak yang bakal lahir. Bagaimana statusnya? Berat sungguh rasa di hati. Semoga Allah melindungi jiwa yang tidak berdosa yang akan lahir ke dunia. Semoga Allah jaga anak-anak yang masih kecil, yang sedang mencari cahaya. Tuhan; tolonglah jaga mereka semua!
Tidak ada pesanan lain; selain berdoalah kepada Allah; agar dijauhi kita dan seluruh keturunan kita daripada dosa besar dan dosa zina. Semoga Allah jaga kita semua dengan sebaik-baik penjagaan. Semoga Allah jadikan kita ahli syurga dengan rahmat kasihNya.
Tuhan; bumi ini sudah tua. Terlalu banyak dosa dan noda di dalamnya. Engkau berlembutlah dengan kami semua, Ya Latif. Engkau kasihanilah kami, kurniakan taufik hidayahMu buat kami. Allahumma amiin.
Sungguh; SAYA SEDIH 😭.
#ceriteraHusna
Begitulah kehidupan.
Siiru ala barakatillah.
Regards;