Gelagat budak lelaki selamba menari di dapur ketika ibunya sedang menggunakan chopper undang tawa ramai

Gelagat budak lelaki selamba menari di dapur ketika ibunya sedang menggunakan chopper undang tawa ramai

 

Menjadi seorang suri rumah bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi wanita yang sebelum ini bekerja dan terpaksa berhenti demi menjaga anak.

Hari-hari akan melalui fasa rumah bersepah kerana anak yang semakin lasak dan ingin mencuba macam-macam perkara. Sedikit sebanyak, kesabaran kita akan diuji.

Namun, sebenarnya telatah mereka jugalah yang menjadi penghibur hari-hari kita. Seronok bila melihat mereka membesar di depan mata.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan gelagat seorang budak lelaki selamba menari di dapur semasa ibunya sedang menggunakan chopper telah mengundang tawa ramai.

@tiktokvutuanson

♬ original sound – tiktokvutuanson

Ibu tengah gigih guna chopper potong bahan masak, anak boleh enjoy pula dekat belakang

Menerusi video yang dikongsi oleh @tiktokvutuanson, kelihatan budak lelaki itu sedang menemani ibunya yang memasak di dapur.

Apa yang menghiburkan adalah apabila si ibu sedang khusyuk memotong bahan masakan di dalam chopper blender, budak itu tiba-tiba menari kerana seronok mendengar bunyi chopper tersebut.

Lebih melucukan, dia pun ikut berhenti menari bila ibunya selesai menggunakan chopper blender itu.

Image from @tiktokvutuanson (TikTok)

“Aku ingat mak dia tengah gergaji dapur rupanya blender manual haha” – Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 604.3K tontonan, 26K tanda suka serta 7K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Image from @tiktokvutuanson (TikTok)

Image from @tiktokvutuanson (TikTok)

Image from @tiktokvutuanson (TikTok)

Kelakar betul awak ni dik, macam tu pun boleh menari 😀