Geli digelar sahabat, Ajak tampil dedahkn sikap jelik Shahrol terhadapnya [VIDEO]

Geli digelar sahabat, Ajak tampil dedahkn sikap jelik Shahrol terhadapnya [VIDEO]

.

Susulan isu terpalit penyampai radio, Fizi Ali, ianya turut mendapat perhatian pelawak Shahrol Shiro yang meminta stesen radio Suria FM lebih profesional.

Perkongsiannya itu juga kurang disenangi oleh rakan yang juga ahli kumpulan Shiro iaitu Ajak Shiro yang mempersoalkan tindakan Shahrol yang mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Komen Ajak itu dibalas balik oleh Shahrol yang menyentuh mengenai pengundurannya membuka rezeki kepadanya ke Suria FM selepas berkhidmat di Hot FM.

Memetik perkongsian daripada portal hiburan RotiKaya, Ajak menyifatkan kenyataan Shahrol yang menyentuh mengenai pengundurannya memberi laluan rezeki buatnya disifatkan sebagai orang yang sombong.

Ajak berkata dia sudah bertahun-tahun tidak dihubungi atau berkomunikasi dengan rakan sekumpulannnya dalam Maharajalawak itu.

“Tapi bila dia komen kemunduran dia menjadi asbab rezeki kepada saya dan keluarga , saya rasa ayat dia tu seperti anggap diri dia Tuhan. Ini adalah ciri-ciri orang yang sombong bila rasa diri dia terlalu berguna,” katanya.

“Hakikatnya, pada hari pertama saya keluar Hot FM saya dapat offer untuk sertai Suria. Saya cakap dengan deorang minta maaf saya tak mampu nak join Suria sebab kalau keluar gambar Shahrol, letak gambar saya dia tak cantik,” katanya.

Kata Ajak lagi, dia menerima tawaran daripada Suria FM sebaik sahaja keluar dari stesen radio yang lama namun memilih untuk menganggur demi sahabatnya itu.

“Sedangkan saya tak perlu fikir pun masalah dia. Tapi fikir pasal dasar sahabat, saya pilih menganggur Shahrol daripada ambil tempat awak.

“Awak jangan rasa ini tempat awak, awak tak sedar ke tempat ini dah diduduk oleh Fara Fauzana, ada lagi nama orang lain, selepas itu baru saya masuk.

“Saya juga merayu pihak Suria tidak teruskan saman atas masalah lama awak. Hakikatnya selepas setahun awak tinggalkan barulah saya sertai Suria.

“Ini beza dengan apa yang awak buat pada saya waktu kita dapat tawaran Era awal karier dulu sahabat. Awak kata kita jangan terima. Saya percaya cakap awak dan saya tolak pelawaan radio nombor satu. Rupanya awak terima pelawaan itu dengan orang lain,” katanya.

Menerusi temubual itu, Ajak memohon maaf kerana terpaksa membuka cerita lama kerana tidak mahu lagi dipijak dan dia bukan lagi budak kecil yang boleh dipermainkan.

“Minta maafla saya terpaksa buka semua ni, tapi rasanya tak perlulah saya hormat orang yang dah pijak kepala saya. Yang tak pandang pun isteri saya tu saudara dia, anak-anak saya tu anak saudara dia. saya cakap cukuplah sampai disini sahaja.

“Shahrol, cukuplah bagi jawapan pusing-pusing ni. Saya bukan budak kecil. Dulu mungkin 25 26 saya diam. Sekarang saya dah 37 tahun saya perlukan ketenangan tu semua. Jadi saya nak nasihat awak semua janganlah sanjung kaduk dah naik junjung ni. Fikir-fikirkanlah,” katanya.