Gempar!!! 11 positif Covid-19, KKM beri signal sambungan sidang Mesyuarat Khas dijadualkan Isnin ini mungkin dibatalkan terus

Gempar!!! 11 positif Covid-19, KKM beri signal sambungan sidang Mesyuarat Khas dijadualkan Isnin ini mungkin dibatalkan terus

Kenyataan Akhbar KPK 30 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan COVID-19 Semasa Pelaksanaan Sidang Mesyuarat Khas Parlimen

1. Pada 29 Julai 2021 jam 12.30 tengah hari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dimaklumkan mengenai dua (2) kes baharu positif COVID-19 yang telah hadir ke Parlimen.

2. Sehingga jam 8.00 malam 29 Julai 2021, seramai 1,183 individu telah menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag saliva test kit pada 29 Julai 2021. Daripada jumlah yang disaring tersebut, sebanyak sembilan (9) lagi kes dikesan positif COVID-19 menjadikan secara keseluruhan sepuluh (10) kes yang dikesan melalui RTK Ag saliva test kit (1 kes tengah hari, 9 kes petang).

3. Secara keseluruhan, sebanyak sebelas (11) kes positif telah dikesan pada 29 Julai 2021 iaitu sepuluh (10) melalui RTK Ag saliva test kit dan satu (1) melalui RT PCR.