Gempar!!! Adakah polis enggan teruskan siasatan ‘All Together Malaysia Now’ kerana babitkan anak Ismail Sabri?

Gempar!!! Adakah polis enggan teruskan siasatan ‘All Together Malaysia Now’ kerana babitkan anak Ismail Sabri?

Polis tidak akan membuka kertas siasatan ke atas selebriti dalam program realiti televisyen, All Together Now Malaysia terbitan Astro yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, keputusan tidak mengambil sebarang tindakan dibuat selepas semakan mendapati rakaman program tersebut dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.

“Rakaman sewaktu tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka,” kata Mohd. Fadzil kepada Kosmo Online.

Pada Selasa, pihak penerbitan All Together Now Malaysia itu membuat keputusan untuk menghentikan sementara program berkenaan bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan berlaku pelanggaran SOP sepeti didakwa.

Dalam reaksi segera, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP3.0.

All Together Now Malaysia menjadi perbincangan di media sosial ekoran terdapat segelintir netizen tidak berpuas hati program itu ditayangkan ketika krisis COVID-19 masih melanda negara.

Program yang ditayangkan pada pukul 9 malam hari Ahad itu diadaptasi daripada format rancangan popular All Together Now yang berasal dari United Kingdom.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-sahkan-all-together-now-malaysia-rakaman-lama-tiada-siasatan-dibuat-302346