Gempar!!! Akhirnya gerai roti canai kotor tular diarah tutup dua minggu [VIDEO]
![Gempar!!! Akhirnya gerai roti canai kotor tular diarah tutup dua minggu [VIDEO] Gempar!!! Akhirnya gerai roti canai kotor tular diarah tutup dua minggu [VIDEO]](https://negaramerdeka.com/wp-content/uploads/2023/01/20230102_144408.jpg)
Sebuah gerai roti canai popular dekat Jalan Transfer di sini, diarah tutup selama 14 hari ni, berkuat kuasa hari ini susulan tahap kebersihan yang tidak memuaskan.
Memetik Berita Harian, notis penutupan dikeluarkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut itu dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
Berikutan pemeriksaan itu, premis terbabit menerima satu kompaun sebanyak RM500 kerana gagal menghantar pekerja bagi mengambil kursus pengendalian makanan.
Tahap kebersihan kedai berkenaan didapati tidak memuaskan, selain menggunakan telur yang masih terdapat najis ayam sebagai bahan bagi membuat makanan.
Turut dikenakan kompaun sebanyak RM500 ialah gerai minuman berhampiran gerai roti canai itu yang dikesan mempunyai pencemaran silang pada peti penyimpanan ais.
Terdahulu, pemeriksaan dilakukan kira-kira jam 11 pagi ketika premis berkenaan dipenuhi dengan pelanggan yang menjamu selera.
Tinjauan ketika operasi itu mendapati, ramai pengunjung berbaris memesan roti canai meskipun mengetahui pemeriksaan kebersihan sedang dilakukan lapan pegawai dan anggota BKKM.
Sementara itu, pemilik kedai berkenaan, Shahjahan Abdul Hamid berkata, dia akur dengan arahan berkenaan dan memohon maaf kepada pelanggan.
“Pekerja lama sudah pulang ke India, pekerja sedia ada mempunyai sedikit masalah,” katanya di sini.
Difahamkan, pemeriksaan itu dilakukan atas inisiatif pihak terbabit susulan video tular di media sosial mengenai pekerja premis itu yang tidak mengamalkan kebersihan ketika membuat makanan.
Video berdurasi 53 saat itu mendapat pelbagai reaksi warga net yang meminta pihak berkuasa bertindak dan memeriksa kedai berkenaan.