Gempar!!! Akhirnya, Wan Saiful mengaku terlanjur
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata pertelagahan politik tidak memanfaatkan rakyat, sebaliknya kini masa untuk semua pihak duduk dalam satu saf dalam melawan wabak Covid-19.
Selain menyokong penuh cadangan kerjasama rentas parti diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, beliau berkata kerjasama itu membuka ruang semua parti melibatkan diri dalam usaha memerangi Covid-19.
Ini katanya, selari dengan konsep ‘whole of nation’ dan ‘whole of society’ yang diamalkan kerajaan sekali gus kembali kepada fokus utama iaitu rakyat.
“Pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri selaras dengan komitmen kita meneruskan reformasi tadbir urus negara. Mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri, memperkenalkan satu rang undang-undang baru untuk Undi 18 dan perubahan dalam proses Parlimen.
“Kemudahan-kemudahan yang diberikan kepada pembangkang dan Ketua Pembangkang semuanya adalah antara reformasi yang diperlukan oleh negara setelah pelbagai kerosakan yang kita warisi daripada golongan kleptokrat dahulu,” katanya dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Beliau menambah, pengumuman Perdana Menteri seharusnya menjadi mekanisme tuntas untuk menghentikan usaha berterusan golongan kleptokrat dan semua penyokong mereka untuk merampas kuasa demi kepentingan peribadi.
Katanya, golongan kleptokrat dan penyokong mereka tidak meletakkan rakyat sebagai keutamaan dan pengumuman berani dan ikhlas itu menunjukkan usaha kluster mahkamah untuk membunuh karakter Muhyiddin gagal.
“Saya menyeru agar semua ahli politik daripada semua parti menyokong cadangan-cadangan Perdana Menteri kerana ini adalah butang ‘reset’ untuk kita menumpukan kebajikan rakyat dan membina semula ekonomi negara,” jelasnya.
Sumber – FMT