Gempar!! Anwar bagi amaran, batalkan peruntukan Jasa dan PeKT

Gempar!! Anwar bagi amaran, batalkan peruntukan Jasa dan PeKT

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berharap Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz membatalkan peruntukan Belanjawan 2021 bagi penubuhan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT).

Anggota parlimen Port Dickson itu berkata demikian dalam sesi perbahasannya bagi Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 dalam Dewan Rakyat hari ini.

“(Peruntukan Jasa) yang dimasukkan dan peruntukan KPKT 8.6 juta ini, saya sebenarnya simpati dengan menteri kewangan kerana dia bukan orang politik jadi dia letakkan saja.

“Saya nak beritahu menteri kewangan bila jadi macam ini, yang kena jawab menteri kewangan. Jadi sebagai sahabat yang simpati, batalkan sajalah,” katanya.

Sumber: Malaysiakini