Gempar!!! Anwar ubah fikiran saat akhir, hanya Tun M sertai serahan memorandum #TamatDarurat

Gempar!!! Anwar ubah fikiran saat akhir, hanya Tun M sertai serahan memorandum #TamatDarurat

Penyerahan memorandum bersama antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan perintah darurat hari ini tidak berlaku selepas presiden PKR tidak hadir di Istana Negara hari ini untuk menghadiri acara sempena Ramadan di Port Dickson.

Kehadiran Anwar dan Mahathir sebelum ini diuar-uarkan penganjurnya, Gerakan Tamat Darurat yang diketuai Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bagi mendesak darurat ditamatkan.

Kehadiran Anwar hari ini sepatutnya menjadi acara pertama yang menggabungkan beliau dengan Mahathir dalam sebuah acara selepas kedua-duanya menjarakkan diri selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh tahun lalu.

Jawatankuasa Tamat Darurat turut menjemput kedua-dua mereka untuk menyertai delegasi penyerahan petisyen kepada Sultan Abdullah bagi menggesa perintah darurat ditamatkan selain Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Antara pemimpin pembangkang yang turut hadir termasuk pemimpin PKR Maria Chin Abdullah, Fahmi Fadzil, dan Tian Chua, Hannah Yeoh dari DAP dan Mukhriz Mahathir mewakili Pejuang.

Memorandum petisyen hari ini adalah yang kedua diserahkan kepada Aging oleh Jawatankuasa Rayuan Tamatkan Proklamasi Darurat.

Surat pertama diserahkan kepada Agong pada 26 Mac lalu oleh pengerusi gerakan Tamat Darurat, Khalid Samad of Amanah.

Bagaimanapun, katanya, pihak jawatankuasa tidak menerima apa-apa respons dari Istana. – MN