Gempar!!! Apa disebalik pertemuan Annuar Musa dengan anak Tun Mahathir?
Umum tahu hubungan dingin antara Annuar Musa dengan Tun Mahathir selepas kejayaan Tun menggembeling gabungan PH menewaskan BN, PRU-14 lepas.
Perang dingin antara murid dan mentornya itu berterusan sehingga akhirnya Tun M meletakkan jawatan secara mengejut penghujung 2019 berpunca keputusan parti pimpinan Tun menarik diri keluar saripada PH.
Selepas kejayaan menubuhkan Perikatan Nasional bagi mengambil alih kerajaan, perseteruan antara dua ahli politik senior itu menjadi seakan sedikit kendur namun masih tidak boleh bersetuju antara satu sama lain.
Menerusi hantaran terbaru FB Annuar Musa, dia membuat kejutan dengan menaikkan gambar pertemuan dengan Mokhzani, salah seorang anak Tun Mahathir.
Bagi mengelakkan kekeliruan timbul, beliau segera menjelaskan bahawa pertemuan tersebut sekadar pertemuan melibatkan tugas barunya sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia manakala Mokhzani pula selaku pengerusi Maxis.
Selain itu, Annuar juga turut membincangkan kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) antara Maxis dengan kementeriannya termasuk melalui program eKelas dan eKelas Usahawan yang sedia terjalin sebelum ini.
Namun seperti kata bijaksana sering ungkapkan, dalam politik tiada yang mustahil. Mungkinkah pertemuan pertama ini bakal membibitkan kembali hubungan mesra Annuar Musa dan bapa Mokhzani, Tun Mahathir seperti satu masa dahulu.
Malah ada yang lebih nakal memberi pandangan ianya satu strategi Annuar Musa memujuk Tun Mahathir bersama-sama memperkukuhkan sokongan terhadap kerajaan Keluarga Malaysia Ismail Sabri.
Ini berikutan satu kenyataan oleh Presiden Pejuang, Mukhriz sebelum ini yang mendedahkan bapanya telah ditawarkan jawatan pengerusi MPN oleh Ismail Sabri baru-baru ini, namun sebaliknya diserahkan semula kepada Muhyiddin yang mengundang kekecewaan dari pihak Tun sendiri.
Apapun, sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan selanjutnya selepas ini.