Gempar!!! Apa tujuan Saudi menghantar ‘pembunuh’ menyambut Muhyiddin?

Gempar!!! Apa tujuan Saudi menghantar ‘pembunuh’ menyambut Muhyiddin?

Lawatan Muhyiddin yang kononnya adalah pertama kali dalam sejarah dapat menjejakkan kaki ke negara 2 Tanah Suci itu semasa Covid-19bertukar menjadi mimpi ngeri buatnya.

Manakan tidak, dari dijadual menerima mengadap Raja Saudi, alih-alih bertukar menjadi sesi chatting online sahaja. Berita itu menular dengan cepat sehingga dijadikan bahan jenaka rakyatnya di Malaysia.

Tetapi ada yang lebih memeranjatkan berlaku. Sesi lawatannya bersambung hari ke 3 dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khaliq, Riyadh setelah melakukan ibadah umrah dan ziarah maqam Rasulullah saw kemudiannya.

Menariknya, Muhyiddin dikhabarkan telah disambut oleh Putera Mahkota Arab Saudi sendiri yang berbesar hati.meluangkan masa hadir ke lapangan terbang tersebut.

Siapakah Putera Mahkota Arab ini? Putera Muhammad Bin Salman (MBS) popupar sekitar tahun 2018, apabila dikaitkan dengan pembunuhan wartawan popular negaranya, Jamal Khashoggi.

Khashoggi merupakan pengkritik Putera Mohammed yang menulis bagi The Washington Post dan merupakan rakyat AS yang mengunjungi Konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober 2018, namun, dibunuh dan mayatnya dikerat ke beberapa bahagian.

Sebulan selepas pembunuhan itu, Agensi Risikan Pusat AS menyakini Putera Mohammed adalah dalang di sebalik pembunuhan tersebut, malah bekas ejen peribadinya sendiri telah membuat pengakuan atas keterlibatan Putera Mahkota dalam memberi arahan pembunuhan tersebut.

Langkah terbaru kerajaan US di bawah pentadbiran Joe Biden pula telah mengumumkan untuk mengenakan sekatan bersasar terhadap warga Saudi yang masuk kenegaranya.Tidakkah tindakan Muhyiddin nanti bakal mengundang tindakan yang serupa juga dari kerajaan US selepas ini?