Gempar!! Asyraf Wajdi “offer” Muhyiddin masuk Umno

Gempar!! Asyraf Wajdi “offer” Muhyiddin masuk Umno

Sudah sampai waktunya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan parti pimpinannya Bersatu ‘pulang ke gagang’ Umno, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

“Demi mengelakkan penyatuan ummah menjadi retorik sebagaimana saranan Muhyiddin, penulis berasakan sudah tiba masanya untuk perdana menteri bersama seluruh saf kepimpinan dan ahli Bersatu untuk kembali ke pangkuan Umno,” katanya pada penulisan kolum Sinar Harian, terbit hari ini.

Jelasnya, sebahagian besar pimpinan Bersatu berasal “daripada rahim yang sama iaitu Umno.”

“Hakikatnya, dasar, orientasi dan ideologi Bersatu adalah sama dan tiada bezanya dengan Umno.

“Sejarah membuktikan bahawa beberapa parti serpihan yang terpecah daripada Umno kembali semula kepada parti terbesar orang Melayu itu.

“Ia merujuk kepada matlamat asas penubuhan setiap parti-parti serpihan itu seperti Parti Kemerdekaan Malaya (IMP), Parti Negara, Parti Melayu Semangat 46 dan termasuklah parti Bersatu yang hanya bertujuan untuk menjatuhkan Umno,” katanya lagi pada tulisan berjudul “Kembalilah ke pangkuan Umno” itu.

 

Ini bukan pertama kali, Asyraf mengajak pemimpin Bersatu kembali kepada Umno.

Pada 23 Jan 2019, sewaktu Bersatu bersama PH menjadi kerajaan, ketua pemuda Umno itu pernah membuat permintaan sama.

Ketika itu, Asyraf berkata memandangkan matlamat Bersatu hanya untuk menumbangkan Umno pada PRU14 telah tercapai, maka wajar kepimpinan parti itu kembali kepada Umno.

“Najib (Razak) tidak ada lagi dalam kepimpinan (Umno) sekarang, adakah perjuangan Bersatu masih relevan sedangkan dalam wawancara dengan Oxford Union baru-baru, mereka telah memaklumkan matlamat sebenar parti itu.

“Justeru, saya rasa mereka (Bersatu) boleh tutup parti sebab matlamat tercapai dan kembali ke pangkal jalan dengan menyertai Umno,” katanya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/553400