Gempar!!! Azalina dipinjam sementara pengerusikan sidang parlimen

Gempar!!! Azalina dipinjam sementara pengerusikan sidang parlimen

Datuk Seri Azalina Othman Said ‘mengejutkan’ ahli Dewan Rakyat selepas muncul semula di kerusi speaker bagi mempengerusikan sesi petang Sidang Parlimen, di sini hari ini. 

Kemunculan Ahli Parlimen Pengerang itu dilihat menimbulkan beberapa reaksi daripada ahli Parlimen, termasuk ada yang mengucapkan selamat ‘kembali’.
.
Bagaimanapun, Azalina menjelaskan beliau hanya diminta untuk mempengerusikan persidangan buat sementara waktu.
Ini ‘mutaah’, jawab Azalina sambil berseloroh. 

“Saya telah diminta oleh Yang di-Pertua di bawah Peraturan Mesyuarat 73, diminta untuk mempengerusikan mesyuarat sementara waktu,” kata beliau di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Sumber – AstroAWANI