Gempar!!! Azam Baki berdepan hukuman penjara 10 tahun, denda RM3 juta jika terbukti bersalah

Gempar!!! Azam Baki berdepan hukuman penjara 10 tahun, denda RM3 juta jika terbukti bersalah

Isu Azam Baki, Ketua Pengarah SPRM yang kontroversi selepas mendedahkan transaksi pembelian saham jutaan unit oleh adik menggunakan akaun sekuriti miliknya terus mendapat perhatian ramai.

Terkini, isu tersebut turut diulas secara umum oleh Dato’ Nik Hasyudeen, bekas CEO Tabung Haji yang dipecat kerajaan BN baru-baru ini.

Jika sesiapa yang mengetahui latar belakang beliau, beliau pernah memegang pelbagai jawatan di dalam sektor awam dan korporat sewaktu tempoh berkhidmat termasuklah pernah menjadi Pengarah Eksekutif, Penyeliaan Pasaran dan Korporat bagi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Dalam hantaran yang dibuatnya pada pagi ini, beliau memperincikan perihal isu berkaitan pemilikan akaun sekuriti antaranya…

Pembukaan akaun sekuriti

Seksyen 25 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan mengkehendaki:

1. Setiap orang yang mahu berurusan dengan mana-mana sekuriti (dealing in securities) mestilah mempunyai akaun sekuriti

2. Semasa membuka akaun, orang yang membukanya perlu membuat pengisytiharan samada dia adalah pemilik berkepentingan (beneficial owner) atau pun nomini yang dibenarkan (authorised nominee).

Kegagalan membuat pengisytiharan boleh di denda tidak melebihi RM 3 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam ruangan komennya pula, selepas ditanya adakah perbuatan dalam isu Azam Baki itu salah, beliau menjawab sebarang kebenaran menggunakan akaun sekuriti oleh orang lain perlu dilakukan pengisytiharan bagi mengelakkkan didakwa.