Gempar!!! Bekalan vaksin tidak cukup, warganet kesal Muhyiddin gagal uruskan keperluan negerinya sendiri

Gempar!!! Bekalan vaksin tidak cukup, warganet kesal Muhyiddin gagal uruskan keperluan negerinya sendiri

Johor berdepan kekurangan bekalan vaksin dalam pada negeri itu merekodkan kes jangkitan Covid-19 empat angka setiap hari sejak 29 Julai lalu, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.

Dalam kenyataan, bekas menteri itu berkata kadar vaksinasi di Johor masih bawah purata kebangsaan, dengan 68.3% populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, berbanding kadar kebangsaan 78%.

Katanya, pusat pemberian vaksin (PPV) di Kompleks Sukan EduCity telah menyasarkan untuk menyuntik 1,000 orang sehari, tetapi berdepan kekurangan bekalan vaksin hanya dua minggu selepas dibuka.

Teo berkata, PPV EduCity Iskandar turut berdepan kekurangan vaksin, dan semua janji temu dos pertama bermula dari 23 Ogos telah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kemudian.

“Walaupun Johor dijanjikan dua juta dos vaksin pada Ogos, PPV di Johor masih berdepan kekurangan bekalan,” katanya.

“Ini langsung tidak boleh diterima kerana kebanyakan industri pembuatan menantikan janji temu vaksin supaya pekerja mereka dapat disuntik dos lengkap seterusnya mampu beroperasi semula.”

Menurut Teo, orang ramai berang kerana janji temu vaksinasi telah ditangguhkan, dan menambah perkara itu meningkatkan risiko jangkitan setiap hari.

“CITF (Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19) mesti adil kepada Johor dan memastikan semua PPV di negeri ini beroperasi dengan kapasiti maksimum,” katanya.

Negeri itu merekodkan 1,367 kes Covid-19 hari ini, iaitu yang kelima tertinggi di Malaysia selepas Selangor (4,316), Sabah (2,474), Kedah (1,602) dan Sarawak (1,538).

Sumber – FMT