Gempar!!! Bekas CEO Tabung Haji dedahkn kejayaan besar PH yang disembunyikan Menteri Agama Pas

Gempar!!! Bekas CEO Tabung Haji dedahkn kejayaan besar PH yang disembunyikan Menteri Agama Pas

Komitmen Jaminan Kerajaan di dalam menyelamatkan Tabung Haji

Setiap kali bajet dibentang di Parlimen, di antara maklumat pertama yang saya cari ialah senarai Jaminan Komitmen kerajaan Malaysia. Sekarang ini ianya disenaraikan di dalam buku Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan.

Menurut penjelasan Kementerian Kewangan, punca kuasa Komitmen Jaminan adalah seksyen 14 Akta Tatacara Kewangan 1957. Jika kita tengok senarai komitmen jaminan pada 2022, ianya berjumlah RM 200 bilion dan merupakan 65% dari Jaminan Kerajaan (GG) secara keseluruhannya.

4 syarikat terbesar yang diberikan komitmen jaminan ialah Danainfra Nasional, Prasarana Malaysia, Malaysia Rail Link dan Urusharta Jamaah (UJSB).

UJSB adalah syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki penuh oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) yang mengeluarkan sukuk-sukuk berjumlah RM 20 bilion kepada Tabung Haji apabila ia membeli aset-aset bermasalah Tabung Haji yang hanya bernilai RM 9.9 bilion di dalam proses penstrukturan semula kewangan Tabung Haji di akhir 2018. Ini membolehkan Tabung Haji memenuhi kehendak Akta Tabung Haji bahawa asetnya mestilah melebihi liabiliti sebelum membayar apa-apa keuntungan kepada pendeposit.

Selepas penstrukturan berkenaan, ada 2 tuduhan besar yang dilontarkan ke atas Tabung Haji. Pertama, Tabung Haji telah menjual aset kepada orang Cina. Kedua, pembayaran sukuk-sukuk berkenaan disangsikan kerana kerajaan tidak memberikan jaminan penuh kepada UJSB.

Bagi tuduhan pertama, tidak ada sesiapa yang membawa bukti UJSB tidak dimiliki oleh MOF Inc. Samada Menteri Kewangan Cina, Melayu mahu pun bangsa-bangsa lain, ianya tetap dimiliki oleh kerajaan Malaysia.

Bagi tuduhan kedua pula, ternyata komitmen jaminan dianggap oleh Kementerian Kewangan sebagai jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan. Inilah sebabnya pembinaan infrastruktur negara dapat dibiayai menerusi syarikat-syarikat seperti Danainfra dan Prasarana. Bukankah kita sudah menikmati infrastruktur berkenaan apabila menaiki LRT dan MRT setiap hari? Mengapa kita tidak pula was-was berkenaan pembiayaannya yang diberikan komitmen jaminan?

Satu bukti bahawa kerajaan Persekutuan akan melunaskan tanggungan yang diberikan komitmen jaminan ialah sukuk SRC International. Dari senarai yang diberikan, kerajaan Persekutuan sudah membayar sepenuhnya sukuk yang berjumlah RM 4 bilion itu. Sampai hari ini kita tidak tahu ke manakah sebenarnya RM 4 bilion dana yang diberikan kepada SRC International selain dari sejumlah kecil yang menjadi bukti di mahkamah. Namun kerajaan Malaysia tetap memenuhi komitmennya.

Menurut senarai komitmen jaminan kerajaan ini, jumlah komitmen kepada UJSB meningkat dari RM 21,526 bilion pada 2021 kepada RM 21,957 pada tahun 2022. Ini ialah pertambahan nilai sukuk yang perlu dibayar kepada Tabung Haji berdasarkan kadar keuntungan (profit rate) sukuk-sukuk berkenaan. Pertambahan nilai (value accreation) ini diambilkira sebagai keuntungan kepada Tabung Haji. Di akhir tempoh sukuk-sukuk berkenaan, jumlah ini akan meningkat kepada RM 27 bilion. Ini bermakna, di dalam menyelamatkan Tabung Haji, kos yang perlu dibayar oleh rakyat Malaysia ialah lebih kurang RM 17 bilion.

Sukuk-sukuk yang diberikan komitmen jaminan ini menyebabkan Tabung Haji masih mampu membayar pengagihan keuntungan sampai sekarang. Walaupun sudah ada 2 kerajaan selepas sukuk-sukuk ini diterbitkan, tidak ada kerajaan yang seterusnya mendakwa sukuk-sukuk ini tidak laku. Jadi, kesemua tuduhan yang dilontarkan itu kira tipulah.

Siapa yang mentadbir kerajaan boleh bertukar ganti. Namun, komitmen yang diberikan berdasarkan tatacara kewangan kerajaan akan terus mengikat kerajaan untuk melinaskannya.

Semoga Allah SWT terus memperkukuhkan kedudukan kewangan kerajaan Malaysia dan juga Tabung Haji.

Sumber – FB Nik Hasyudeen