Gempar!!! Bekas Menteri Pendidikan dedah lebih 30 lantikan politik telah dilakukan di IPTA oleh kerajaan PN sehingga kini

Gempar!!! Bekas Menteri Pendidikan dedah lebih 30 lantikan politik telah dilakukan di IPTA oleh kerajaan PN sehingga kini

 

Perlantikan Politik Besar-Besaran di Universiti Awam

Baru-baru ini YB Nik Nazmi ada mendedahkan perlantikan 13 ahli politik ke Lembaga Pengarah IPTA.

Hakikatnya, lebih 30 perlantikan politik telah berlaku semenjak PN memerintah.

Pengagihan jawatan di IPTA kepada wakil-wakil politik PN tanpa berdasarkan merit hanya akan menyebabkan imej dan wibawa IPTA semakin buruk samada di peringkat lokal mahupun antarabangsa.

Situasi ini juga menjawab mengapa pihak KPT tidak bersikap progresif dan inovatif di dalam pembangunan solusi di peringkat pendidikan tinggi di kala menghadapi wabak Covid-19 berbanding negara-negara jiran apatah lagi berbanding negara-negara maju.

Campurtangn politik juga telah menyebabkan keadaan pengurusan IPTA menjadi serba caca merba semenjak PN memerintah.

Rakyat berhak merasa hairan mengapakah pelantikan di LPU IPT dari kalangan tokoh-tokoh akademik, korporat, profesional dan mereka yang telah berjaya di persada antarabangsa seperti di zaman PH dahulu tidak diteruskan. Malah ramai tokoh-tokoh akademik dan korporat yang tidak berparti dan apolitikal yang dilantik di zaman PH telah digantikan dengan wakil-wakil dari ahli politik PN terutamanya dari UMNO yang terlalu jauh rendah kelayakan mereka berbanding tokoh-tokoh yang telah dibuang oleh YB Menteri.

KPT patut merujuk kepada buku Pelan Pembangunan Pendidikan 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) yang menggariskan keperluan melantik ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) mengikut kebolehan dan ‘skill-sets’ yang telah ditetapkan supaya mereka boleh memacu IPTA lebih berdaya maju. Pelantikan berdasarkan keahlian politik semata-mata boleh menganggu kemajuan universiti seperti yang berlaku sepanjang pemerintahan PN.

Sewajarnya KPT menyemak semula pelantikan wakil-wakil parti politik UMNO, PAS dan BERSATU di IPTA dan agensi serta bahagian di KPT demi menjaga kredibiliti dan nama baik pendidikan negara.

Sepatutnya di kala wabak melanda, KPT menyikapi isu pendidikan tinggi dengan serius seperti di negara-negara maju dan bukannya bermain politik dan mengagihkan habuan sesama ahli politik.

MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI

* Senarai ini telah diberikan oleh kumpulan warga Akademia kepada saya.

Sumber : FB Dr Maszlee Malik