Gempar!!! Belum pun reda isu merompak, tular pula pengarah SPRM miliki lebih 4 juta saham syarikat senaraian awam
Parlimen hari ini digemparkan dengan pendedahan seorang Ahli Parlimen yang mendakwa seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilik 4.2 juta saham dalam dua syarikat tersenarai awam.
Pendedahan mengejutkan itu hadir selepas seorang pegawai SPRM ditahan polis selepas didakwa terlibat dengan kes rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang di sini, membabitkan kerugian hampir RM1 juta semalam.
Ahli Parlimen PKR itu, R .Sivarasa telah bertindak memfailkan usul tergempar meminta Dewan Rakyat membahaskan dakwaan berkenaan.
Menurut Sivarasa, beliau dimaklumkan bahawa pegawai tinggi SPRM itu menjadi pemilik 930,000 saham sebuah syarikat tersenarai pada 2015 dan memiliki 1,029,000 saham lagi pada tahun berikutnya.
Sivarasa berkata, pegawai tinggi itu turut menjadi pemilik 2,156,000 waran dalam sebuah lagi syarikat tersenarai awam pada 21 Mac 2016.
Beliau menjadi pemilik saham dan waran itu semasa menjadi pengarah SPRM, menurut Sivarasa.
“Seksyen 10 Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 19893 menghendaki pegawai awam mengistiharkan semua harta mereka kepada ketua jabatan masing-masing.
Sivarasa berkata, persoalan yang timbul adalah “apakah sumber dana yang digunakan untuk beliau membeli saham dan waran ini. Adakah beliau mengisytiharkan aset ini kepada pihak atasan.”
Sivarasa mahukan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 36 Akta SPRM untuk menentukan sama ada pemilikan aset itu merupakan aset kelebihan yang menjadi kesalahan bawah akta berkenaan.