Gempar!!! Belum pun selesai kes Menteri Sawit, Bukit Aman dilonggokkan dengan kes pandu uji Raptor Sanusi pula

Gempar!!! Belum pun selesai kes Menteri Sawit, Bukit Aman dilonggokkan dengan kes pandu uji Raptor Sanusi pula

Kes Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa melanggar SOP dengan memandu uji sebuah trak pikap di Juru hujung minggu lalu, kini diserah kepada Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad, dalam satu pesanan teks kepada FMT, berkata siasatan berhubung kejadian itu sudah selesai dan kertas siasatan akan dihantar ke Bukit Aman esok.

Sabtu lalu, seorang wanita memuat naik hantaran ke Facebook mendakwa dia melihat Menteri Besar dan dua pembantunya memandu uji sebuah trak pikap berharga RM211,000 di Juru Auto City.

Menteri Besar Kedah menafikan dakwaan memandu uji kenderaan tersebut, sebaliknya hanya dibawa bersiar oleh seorang jurujual ke kawasan berhampiran.

Wanita itu, Nini Siron, 36, membuat laporan polis pada hari sama, sekali gus menjadi asas siasatan polis terhadap Sanusi, kerana aktiviti pandu uji tidak dibenarkan semasa PKP.

Dalam perkembangan berasingan, Shafee berkata Nini sudah membuat laporan lain membabitkan buli siber dan ancaman dilemparkan terhadapnya oleh penyokong Sanusi di Facebook. Dia berkata perkara itu juga akan disiasat.

Nini dihentam warganet yang mendakwa dia memfitnah Menteri Besar Kedah, sehingga gambar keluarga dan anaknya turut disebar di media sosial.

Kenyataan Sanusi diambil polis awal minggu ini. Ketika menjelaskan kejadian itu, beliau berkata ia berlaku secara kebetulan ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, dia berhenti untuk membeli “roti dan air” di sebuah kedai RM2 di Juru Auto City dan melihat sebuah bilik pameran Ford di sebelah sebelum mula berbual dengan seorang jurujual di sana.

Sanusi kemudian menerima tawaran jurujual untuk menaiki trak pikap berkenaan di sekitar kawasan itu dan kemudian menerukan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Beliau kesal kerana Nini tidak meminta penjelasan sebelum menyiarkannya di Facebook, tetapi berjanji akan membayar denda yang dikenakan kepadanya atau jurujual jika didapati bersalah.

Beliau turut berjanji akan membelikan Nini telefon bimbit baharu yang lebih baik supaya dapat merakam gambar yang “bermanfaat”, katanya.

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/10/bukit-aman-siasat-kes-pandu-uji-mb-kedah/