Gempar!!! Benarkah ada menteri belum divaksin masih terus dibenarkan keluar masuk pejabatnya?
Negara sekali lagi digemparkan dengan penularan video melibatkan seorang warga pendidik baru-baru ini.
Video sedih yang tular membabitkan seorang guru yang mendakwa dilayan dengan tidak sepatutnya oleh pihak sekolah gara-gara masih enggan divaksin.
Dalam perkongsian tersebut,guru lelaki itu yang didakwa mengajar di sebuah sekolah menengah di pusat bandaraya Ipoh, Perak telah diasingkan pihak sekolah ke sebuah bilik simpanan (stor) tukang cuci berupa sebuah kontena.
.
Meskipun dilengkapi sebuah kipas dan meja kosong, namun memandangkan bahan kontena tersebut diperbuat daripada zink, bahang panas yang terdapat di dalamnya menyebabkannya tidak mampu untuk bertahan lama dan terpaksa berlari masuk ke dalam kereta.
Tindakan tidak berperikemanusiaan pentadbir sekolah menengah itu menimbulkan pelbagai persoalan mengapakah guru yang begiru banyak manabur jasa mendidik anak bangsa diperlakukan lebih hina daripada binatang hanya kerana enggan divaksin.
Ini berbeza dengan kisah seorang menteri kabinet yang turut dikaitkan masih belum menerima vaksin. Tidaklah diketahui samada menteri tersebut merupakan salah seorang daripada 4 MP yang menolak untuk divaksin seperti diumumkan Speaker Dewan Rakyat baru-baru ini.
Menurut sumber yang rapat, menteri tersebut didakwa bebas keluar masuk pejabat kementeriannya, bermesyuarat bersemuka dengan pimpinan partinya malah turut terlibat berkempen di PRN Melaka baru-baru ini.
Malah, jika terbukti sumber yang melaporkan berita menteri itu benar, kenapa kita masih mengekalkan dua set tindakan undang-undamg di dalam negara kita?
Guru yang banyak berjasa tidak divaksin dihumban ke dalam kontena panas, manakala menteri tidak divaksin dibebarkan dudum di pejabat berhawa dingin dan bergerak bebas semahunya.
Sudah tentu kita bersetuju jika rakyat yang enggan menerima vaksin tanpa sebarang sebab diambil tindakan oleh pihak berwajib.
Namun tindakan tersebut perlulah melalui perbincangan yang menyeluruh dan perlaksanaannya nanti tidak sesekali menafikan keadilan buat golongan ini nanti.
Manakala tndakan oleh penguatkuasanya pula nanti janganlah memilih bulu, sepertimana berlaku sewaktu perlaksanaan PKP sebelum ini. Sampai bila kerajaan mahu terus menghukum rakyat sedangkan pemimpin bebas berbuat salah?