Gempar!!! Benarkah wujud usaha jatuhkan Presiden Pas???
Tular di laman sosial, berita panas mengenai pertembungan antara dua kumpulan di dalam parti Pas ketika ini.
Menurut maklumat, pertembungan ini berlaku semasa presiden parti tersebut sedang dirawat di IJN setelah mengadu kurang sihat 3 hari lepas.
Hasil dari pencarian di dalam laman FB, berlaku perdebatan hangat dari kelompok pro TGHH menentang usaha menjatuhkan beliau ketika ini, dan meminta mana-mana yang tidak bersetuju dengan beliau menunggu pemilihan muktamar nanti.
Dalam pada itu, maklumat yang lebih jelas tentang apa yang sedang berlaku ketika ini telah dipanjangkan oleh seorang individu sebentar tadi.
Manakala ketika berkunjung ke laman fb Mohd Fadli Ghani, seorang individu yang mendedahkan tentang perancangan untuk menjatuhkan presiden ini kelihatan di ruangan komen posting yang tular itu, ternyata pihak pro TGHH tidak bersetuju dengan perancangan jahat kumpulan ini.